Salam Ramadan Al-Mubarak

September 16th, 2007 by aktech

Hari ini masuk hari ke-5 aku berpuasa bersama
umat Islam yang lain di Malaysia. Buat pertama kalinya aku berpuasa di tempat
kerja aku, dan juga pertama kalinya berbuka puasa di ofis. Huhuhuh…tak best
berbuka kt ofis…adelah dekat 5-6 org berbuka, berbuka bersama staff Jabatan Editorial, wartawan2 Sinar
Harian Kelantan. Aku sorang je alien kt ofis (IT sorang je staff di Peng. Chepa
yg jaga server 2 negeri)…heheheh…Apapun best jugak berbuka di ofis, rasa macam
dok jauh dr kampong plak. Sekali sekala berbuka bersama rakan sekerja best
jugak, dapat merapatkan silaturahim dan dengar gosip2 terbaru semasa berbuka
bersama. Berkawan dengan wartawan ni best, dapat dengar banyak cerita2 menarik
tentang macam-macam. Cerita tentang politik, kemalangan, jenayah dan makanan…

 

Tapi yang x bestnya, pertama kalinya juga aku
tidak dapat menjalankan ibadat yang paling best di bulan Ramadhan, iaitu sembahyang Teraweh. Aku cuma dapat
menjalani ibadah ini semasa cuti hujung minggu sahaja, yakni aku cuma dapat
sembahyang teraweh 2 kali seminggu. Kalau dihitung sepanjang bulan Ramadhan
ini, aku hanya dapat sembahyang teraweh sebanyak 6 kali sahaja. Hmmm…rasanya
mungkin aku akan curi time keje 1 jam dr pukul 8.15mlm hingga 9.15mlm untuk
sembahyang, bukan tiap2 hari..sekali sekala udah ler…kang bising plak kt opis
pasal aku ponteng keje. Kat tempat keje aku kalo sembang pasal perkara buruk
tentang orang mmg hebat, kat sini kalo sesiapa tak pandai bercakap buruk
tentang rakan staf yang lain, akan tidak mempunyai pengaruh, tetapi kalo
seseorang staff itu hebat bercakap buruk tentang orang lain, dia akan dihormati
dan akan mempunyai pengaruh. Hmmm..nampaknya dunia mmg betul2 nak kiamat dahh….Aku??…lebih
suka diam dan buat2 bodoh sahaja…

Oklahh..melalut jauh plak…dikesempatan ini,
kepada sesiapa yang baca blog ni, kawan-kawan yang mengenali aku. Aku ingin
mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
AL-MUBARAK…
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA…
BANYAKKAN BACA QURAN DAN MELAKUKAN PERKARA BAIK.
SENANTIASA SABAR DAN TABAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Letak teratai dalam dulang
Di hias dengan daun cemara
Banyakkan doa semasa sembahyang
Mohon diampuni dosa di dunia.

Anak kecil duduk bersama
Bermain bergembira sesama mereka,
Siang hari kita berpuasa,
Solat Tarawih dimalam harinya.

Pusing kepala ubat dicari
Dimanakah disimpan untuk didapat
Solat tarawih di malam hari
Barulah mendapat manfaat.

Berbuat baik berpada pada
Pasti ramai orang suka
Waktu berbuka perlu bersegera
Jangan nafsu menguasai Anda

Jika ada salah silap sepanjang menulis disini…ada
yang terasa…

Setiap manusia walaupun namanya bermaksud “sempurna”…tidak lari dari melakukan
kesilapan.

Mohon Maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung
jari kaki.


ps :
Selamat Berpuasa…semoga Ramadan kali ini adalah
Ramadan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.

Musim Buah + Musim Kahwin

August 29th, 2007 by aktech

Cuti sekolah dah pun abis, adik aku yg belajar kt
Kolej Matrikulasi kt Kuala Pilah pun dah balik semula ke kolej pada 24 Ogos
yang lalu. Dalam cuti sekolah ni walau tak sempat bawa adik-adik aku gi
jejalan..Cuma dapat bawa diorang kuar makan special  je 2 kali..cukuplah…Bulan Julai dan bulan Ogos
ni merupakan musim buah dan musim kahwin. Dan juga orang kata, ini juga adalah
petanda permulaan musim iaitu musim puasa, hari raya, saman, ops sikap dan
kemalangan…oppsss…

Mula dulu dengan musim buah, musim buah yang
paling best ialah pada masa inilah aku dapat makan buah tempatan yang best dan
sedap. Antaranya buah yang menjadi kegilaan orang ramai ialah durian (Sedap
buat pulut durian), manggis, rambutan (I don’t like it), dokong (My favourite)
dan langsat. Masa inilah juga aku dan ayah aku akan kebun untuk melihat kebun
dan membersih kebun setelah hampir setahun tidak mengunjunginya. Kebun family
dan juga kebun orang yang keluarga aku tolong jaga. Tapi….sejak kerja kat
syarikat akhbar ni..aku nak panjat pokok pun dah tak boleh…baru je nak panjat
dah ade orang call aku pasal problem kt opis…huh…x leh konsentrate
langsung..hampagas btoll..dah tak boleh makan buah atas pokok dah…heheheh…Tapi
sekarang dah penghujung musim buah…buah yang sedang hangat sekarang Cuma buah
rambutan je. Tunggu plak musim tahun depan.

Ok…masuk plak musim yang best..musim kahwin. Bila
je cuti sekolah bermula, maka bermulalah pesta kahwin sana sini di Kelantan. Sepanjang jalan dari
Pasir Mas ke Salor pasti ade je bunga mangga menunjukkan majlis kahwin disitu
yang kelihatan masa aku nak pergi ofis setiap hari (Aku stat keje kul 2.00 petang).
Aku pun kali ni banyaklah jugak dapat undangan majlis kahwin dari member, ade 1
kat Perak, 1 kat Penang, 1 kat Kedah, 2 kat KL dan yang banyak sekali mestilah
di Kelate. Errkkk..rasanya x pergi yang luar Kelate tu kot..dekat2 je
lah….keringlah aku kalo pergi juga nanti..dahlah tarikh dekat2 je…cukuplah
sekadar menghantar hadiah dan ucapan. Kawan-kawan sepejabat aku pun banyak
jugak yang kahwin, adelah 3@4 pasang yang bertemu cintanya ditempat kerja dan terus
kahwin. Huh…macam tradisi plak..bercinta dan berkahwin rakan sepejabat kat
tempat kerja aku ni (Senior yang cakap)… makin kuranglah teruna dan gadis di
ofis..tapi kebanyakan bunga-bunga di ofis sini dah menjadi hak milik orang. Cuma
menunggu masa sahaja untuk dipetik dan digubah. Aku pun dah tak sempat nak memiliki
1 bunga tu.. Sape tu???….Sape2 aahh…..

Aku??..heheheh still single dan solo. Cukuplah 4
perempuan dalam hidup ku sekarang..ni pun dah tak larat nak layan…tambah 1
lagi..adehhh…migrainlah kepala aku…Tapi, sebagai manusia mestilah nak jugak
wanita yang boleh tidur sebantal dan seselimut…oppsss…kalo tidak..ade yang x
kenalah tu…Cuma sekarang nak focus pada satu persatu dulu..banyak lagi impian
aku yang tak tercapai….tapi setakat ini, alhamdulillah…perkara yang aku
berimaginasi (Bukan angan-angan) dulu dah ade yang tercapai sekarang..
Contohnya, menjadi orang yang penting di ofis…Penting
ke??!!!..entahlah…terserah pada orang yang melihat cara aku bekerj. Lagipun
kalo ade yang tersayang pun, mungkin aku x bole nak bagi komitment, Why??
Because time is killing me…Sekarang ni 24 jam sehari cam tak cukup je. Macam2
aku nak buat dalam 1 hari. Tapi selalunya apa yang aku nak pasti akan dapat
(Tak semua), Cuma perlu berusaha, sabar dan tunggu…oklah takde idea dah nak
tulis…banyak lg mende nak wat ni…Chow…

Ps : Menanti setia pada yang SATU.

My Survery Of The Week

August 5th, 2007 by aktech

1. What do you want for your birthday?
- happiness

2. Who will be your next kiss?
- guess who??

3. When was the last time you went to the mall?
- today…survey for a new handphone..

4. Are you wearing socks right now?
- nope (In da house maa…)

5. How did you spend your summer?
- Summer?? Ade ke kt Malaysia…??

6. Have you been to the movies in the last 5 days?
- nope..sini xde wayang lorr…

7. What was the last thing you had drink?
- Tea o panasss….

8. What are you wearing right now?
- just jeans…..no t-shirt..really hot 2nite

9. What was your last purchase?
- CDR, 10 pieces, RM10

10.What was the last food you ate?
- dragon fruit…yg merah2 tu….

11. Who would be the person you would call if you were up in the middle of the night and couldn’t sleep?
- not call anyone..just open my laptop and YM….surf internet..

12. Have you bought any clothing items in the last week?
- nope..

13. Do you have a pet?
- cat, black cat

14. What made you laugh in the last 5 days?
- movie “Pirates of The Caribean 3” and “Happy Feet”

15. If you could be anywhere right now, where would you be?
- London…

16. What is the last thing you purchased online?
- internet marketing ebook

17. One thing you hate about yourself?
- afraid to try sumthing new and involve in competition

18. What’s your favourite soup?
- Sup Belut Pedas

19. Do you miss anyone?
- yes i do.

20. What are your plans for the day?
- update my frenster profile and make a little research about new website

21. Last person you msg’d?
- my partner.

22. Ever went to camp?
- yes..While study at UPM

23. Are you a good student in school?
- average

24. What do you know about the (your) future?
- hope to make lots of money

25. Are you wearing any perfume or cologne?
- nope…badan bau wangi dah…

26. Where is your best friend right now?
- Maybe at home…

Fungsi Bercakap

July 29th, 2007 by aktech

Apabila kita bercakap-cakap dan
berbual-bual kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu
lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Apabila kita bertukar-tukar
pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain.

 
Aktiviti bercakap-cakap dan
berbual mempunyai banyak fungsi, antara fungsi-fungsinya ialah :

  1. Menjalin hubungan dengan manusia-manusia lain. Manusia ialah “haiwan” berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan manusia-manusia lain.
  2. Memberi rangsangan. Manusia memerlukan manusia-manusia lain untuk diajak bercakap-cakap dan berbual-bual kerana manusia memerlukan rangsangan. Manusia memerlukan beberapa jenis rangsangan :

 

a) Rangsangan
fizikal seperti sentuhan dan belaian. Aktiviti bercakap dan berbual biasanya
mendahului ataupun mengiringinya aktiviti sentuh menyentuh antara manusia.

b) Rangsangan
emosi supaya mereka dapat mengalami perasaan seronok, suka, gembira, bahagia,
dan puas. Manusia memerlukan kasih saying drpd manusia lain. Rangsangan emosi
boleh diberikan dengan menggunakan kemahiran bercakap dan berbual dengan
menggunakan kata-kata secara positif.

c) Rangsangan
mental untuk aktiviti otaknya. Dengan cara bercakap dan berbual manusia
mendapat rangsangan untuk berfikir dan bertukar fikiran.

d) Melalui
bercakap, manusia boleh memberi dorongan, perangsang, nasihat dan idea kepada
manusia lain.

 

  1. Fungsi ketiga ialah memenuhi keperluan estim diri. Manusia adalah haiwan yg sangat memerlukan kemulian dan penghargaan daripada manusia lain. Melalui
    aktiviti bercakap dan berbual dengan manusia lain mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai, disanjung, dan penting kepada orang lain.
  2. Perkongsian, manusia suka dan bahagia apabila nasib mereka baik dan sedih apabila nasib mereka buruk. Apabila mereka mendapat nikmat, manusia perlu menambahkan lagi rasa kenikmatan yang dialaminya, dan mereka perlu mengurangkan rasa kesengsaraan yang menimpa mereka.

ps : Bercakap apabila diperlukan sahaja….kurang bercakap bukannya sombong dan x suka bercakap ttg keburukan orang lain(kadang2 terlepas jugak kalo dah overlimit…:P)

Domain and Hosting AkTechPage.com Renewal

July 15th, 2007 by aktech

Kedatangan bulan Jun
pada tahun ini menandakan genaplah setahun website pertama aku
merangkap website main2 (Tempat aku testing and error, dan juga tempat
aku menuntut ilmu yang baru berkaitan dunia web dan internet) iaitu www.aktechpage.com. Genap setahun nie terpaksalah aku memperbaharui domain(nama URL iaitu www.aktechpage.com) dan juga sewa hosting (10GB). Dulu semasa membeli domain dan hosting AkTechPage.com, aku membeli domain dengan harga RM35 dan hosting sebanyak RM100 dari sebuah syarikat yang mana bagi aku servisnya sangat bagus, jadi jumlahnya ialah RM135.
Betullah kata orang yang pakar dalam ilmu IT, jika kita melanggan
Streamyx di rumah banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita tahu
macam mana menggunakannya.      

Hosting_aktechpage

Semasa mendapat email daripada syarikat yang aku beli domain dan hosting pakej, aku ingatkan aku hanya perlu membayar RM135 sahaja, tetapi aku terpaksa membayar RM235
plak. Rupa-rupanya semasa aku membeli dari pakej hosting dulu aku telah
membuat satu kesilapan yang kecil tetapi patut diberi perhatian besar
semasa membeli pakej hosting yang ditawarkan oleh sesuatu syarikat
pembekal hosting(Hosting Provider). Lagipun masa itu aku masih lagi
naïf perihal pembelian hosting dan domain sebab baru 6 bulan melibatkan
diri dalam dunia internet. Sebelum ini aku lebih menumpukan terhadap
bidang pembangunan system dan perisian. Selepas lebih 2 tahun
melibatkan diri dalam bidang tersebut, tetiba plak rasa bosan jadi
tukar bidang plak kepada dunia maya internet. Oppsss melalut plak,
kesilapan tersebut ialah aku tidak meneliti saiz Database untuk MySQL.

Pakej RM100 yang aku beli dulu ini hanya menyediakan saiz database 30MB sahaja, sedangkan selepas setahun saiz database aku dah pun melebihi saiz iaitu 32MB.
Nak tak nak terpaksalah aku mengupgradekan hosting aku semata-mata
untuk mendapat size database yang xde limit (Lagipun aku malas nak
memeningkan kepala untuk mencari hosting yg lain semata2 nak save RM100). Maka 10 Jun 2007 yang lalu, terpaksalah  aku bayar RM200 (2.5GB) untuk hosting dan RM35 untuk domain, semua sekali RM235 (huh..nasib baik aku dah dapat bayaran separuh drpd www.hartanahkelantan.com  untuk upah membangunkan websitenya…Alhamdulillah).

OKlahh…sini
dengan pengetahuan aku yang tak seberapa, aku akan memberi sedikit
tips-tips apa yang perlu diberi perhatian ketika membeli hosting dan
domain dari mana-mana syarikat pembekal, antaranya ialah :-

1.) Disk Space (Web + email) = 1-2 GB (Ok dah…)

2.) Bandwith (Data Transfer) = 30-50GB (traffic..maksudnya dlm 1 masa brape org bole buka website anda..lagi besar lagi bagus)

3.) Domain hosted = 5
(Dlm 1 hosting, brape domain yang boleh dimasukkan, cthnya bleh letak 5
website sekaligus dlm 1 hosting, bergantung pd individu)

4.) Subdomain = selalunya unlimited.

5.) E-Mail Account = unlimited

6.) Control Panel/CP = system pengurusan website (Aku suka guna yang ni, very user friendly).

7.) Max Database Size = Unlimited (Disinilah kesilapan yang aku maksudkan, mesti kena Unlimited)

Hmmmm
setakat tu je kot yang boleh aku kongsi, lagipun sekarang dah pukul 4
pagi. Huh….ari ni sekali lagi bad day…mmg tensen wooo keje IT
Executives kat tmpt keje ni..nak layan user lg, problem plak pelik2
je…mmg luar biasa problemnya smp aku kena wat research dan kaji selidik
atas sesuatu problem dulu apekehel jadi camtu…Nasib baiklah dapat Bigg
Boss yang ok… Mr.Syamil Fahim…bolelah aku tanya ckit..dan juga sifu2
ICT kt HQ SA…kalo aku sorang sini adehhh…otak wooo…kdg2 aku smp kena
marah kt staff lain sbb tak layan dan x dapek nak settle prob diorang.
Nak ajar diorang pun diorang mmg buta IT. Opsss sekali lagi aku
melalut…luah perasaaan sikit. Oklah setakat nie je..Chowww…..   

Ps : Jadi orang yang berilmu pun susah, tak jadi orang yang berilmu pun susah…Aiyaaa…Frown

Advertisement:
www.laptopnavel.com - Your 1-Stop Underground Laptop/Notebook Resources
sexywheel.blogspot.com - Your Spicy Supercar Garage

Resume post on 1st July 2007

07/07/07 and 7 peoples

July 8th, 2007 by aktech

Kelmarin 07/07/07
adalah satu tarikh yang begitu cantik sekali…ramai yg pilih tarikh ini sebagai
Tarikh Perkahwinan mereka…salah seorangnya adalah member aku di Cherang. Singgah kejap majlis kahwinnya
masa nak g opis kt PC tengahahari. Orang kelate sebut kenduri kahwin ni “make gulai”. Aku g opis bukan ape, ingatkan nak g wat SMS alih2 dah ade dah
minah SMS yg buat tu. Hampeh betollah, jadi terpaksalah aku cek system
kedatangan n server sahaja. Tapi tarikh keramat ni yang best sekali ialah
Gathering Wangcyber Kelantan yang pertama aku hadiri, walaupun hanya 7 orang sahaja yg hadir tetapi tetap
best, sekali lagi nombor 7.

Gath ni diadakan di KB Mall, restoran A&W pada pukul 4.00 petang.

Wcgatheringkb_mallfrenster
Di antara yang hadir ialah sudah tentu Otai
Adsense Syed Ikhwan, RinggitHit (Adsense Pro),
Zhafran(Otai Graphic designer), HerbaRimba, Syawarma,
MDPai (Otai PHP) dan aku Pusak82(macam nak tukar je
nickname ni
)
. Memang bagus mini gath macam ni diadakan sebab disamping dapat berkenalan,
mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama warga WangCyber, dapat juga berborak-borak,
bertukar pandangan, berkongsi ilmu dan pengalaman.

Pada masa Gath banyak juga ilmu secara tidak
langsung yang dikongsi daripada otai-otai kita terutama Syed Ikhwan, terima
kasih banyak Syed sebab sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman terutama tentang
Adsense…terima kasih jugak sebab belanja air dan ubi fun fries serta “cenderahati” tu )

Mini Gath seperti ini tersangat elok diadakan sentiasa (mengikut kelapangan) agar kita
dapat saling kenal-mengenali sesama kita terutama warga WangCyber, bertukar-tukar pandangan,
berkongsi ilmu dan pengalaman dan sebagainya …pendek kata banyak yang kita akan
perolehi apabila perjumpaan seperti hari ini ini diadakan.

Oklah, setakat ni je post aku, nak mengadap masalah laptop plak….huhuhu..x abis2 dgn masalah…sabo je ler….

ps : First Gathering yg best…Got a lot of new friends and new knowledge… :P

Advertisement:
www.aktechpage.com - Your 1-Stop Infotainment
www.laptopnavel.com - Your 1-Stop Underground Laptop/Notebook Resources

Jom relaks….layan 3D Cartoon

June 24th, 2007 by aktech


Funny Buddy….


Hyppo song-long version…

ps : layannn…………….

A Cheque From Google

June 10th, 2007 by aktech

Do you remember my previous post
about “A Mail From Google”, this
post I explain about what is Google
AdSense
and Google send me pin number to activate AdSense payment. This
time, the continues post “A Mail From Google”, this time is “A Cheque From Google”, the 2nd
episode. After waiting about 3 weeks, lastly, last Thursday (7 Jun 2007)
evening, I got my cheque straight from Sweden
(Because it’s have chop from Sweden, maybe Swiss
Bank
..). It’s my first ever cheque
from Google AdSense, I hope this is just the beginning to make side income from
internet. That’s a lot of the way how to make side income from internet. This
time maybe I’ll just focus on the AdSense only because I have other commitments
for my job as an IT Executives. I hope can apply the concept “multiple
streams of income
”, what is this concept? To know what is this concept,
go here.
This is an article written from one of the success Malay internet marketer in Malaysia from Penang,
Zamri Nanyan.

Adsense_cheque

 

Now, what is my next step after
got this cheque? Of couse I ‘ll clear this cheque to get cash. Oppps I forgot
to mention how much the value of this cheque..but you already can see the cash
on above picture right? The cheque value is USD $128.25, if convert to RM is about RM444.18. I convert this value use this http://www.oanda.com/convert/classic,
to get current exchange currency. Huh…I don’t know which bank to uses to
clear the cheque, right now, my choice is between CIMB Bank, Maybank and Muamalat Bank. Maybe I will clear the
cheque at CIMB Bank because at this bank I’ve an saving account and the charge
is low, about RM5-RM100. Maybank charge
is too expensive, Bank Muamalat is the
lowest charge
but I don’t have an account in that bank, maybe after my
income from AdSense consistent, I’ll use this bank to clear the cheque
(Hopefully).

 

Last, tomorrow (Monday, 11 June
2007) I’ll go to CIMB Bank to clear the cheque. Then, I’ll waiting the money
for about 3-4 weeks soon. Insya Allah, I’ll got this money, even it is not big
value, but it’s gives me a lot of courage and knowledge about a true money from
internet, it’s not illegal investment
like SwissCash or etc. The key here is, “knowledge
is everything in your life”. “Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad”
.

 

Below is the list of charge from
Malaysia Bank to clear Google AdSense Cheque:

 

* Hong Leong Bank:
RM50 + RM10 (courier) + USD75 (Citibank Delaware)

* MayBank:RM25 + USD10 0.1% of the
cheque (min: RM25.00, max: RM100).
USD15 + unknown charge from the
overseas bank
PublicBank: 0.1% of cheque amount
(min: RM20, max: RM100) Postage: RM5 Stamp duty: RM0.15

* HSBC: RM11
* EON Bank: RM10
* BCB: 0.1% charge (min: RM5, max: RM100) Postage: RM5 Stamp
duty: RM0.15

Note: You can deposit your check to the home branch only. But, you can mail
your check to your BCB account’s home branch for bank-in.

* RHB: Postage: RM5.00 Stamp Duty:
RM0.15 Commission: 0.1% of your cheque amount (minimum RM 10.00 and maximum RM
100.00)
* Standard Chartered: 0.01% of
cheque amount OR min RM 50.
* Bank
Muamalat: RM5
(The lowest charge)
* Alliance:
~RM70
* Southern Bank: RM30 + RM0.15 stamp
duty.

 

>>This info from www.wangcyber.com from Metana21<<

 

Ps : Ade sorang tu sedang tunggu
cek USD400 lebih…my ex-colleague aka ex-Graphic Designer from Beserohh…Congrats
from me, you overtake me lorrr in this AdSense….Cepat2lah kahwin nnt….

Selepas 6 bulan……

June 2nd, 2007 by aktech

Sudah lebih 6 bulan aku bekerja
ditempat yang baru, masa masuk dulu kalau tak silap aku 12 November 2006 dulu aku amat blur masa tu sebab semua benda baru,
tugasan baru, orang-orang baru dan semua barulah. Walaubagaimanapun, inilah
tempat pertama aku bekerja dimana aku berja di sebuah organisasi yang besar,
mempunyai banyak jabatan, dan semestinya ramai orang. Banyak perkara baru yang
aku boleh belajar di sini. Sebelum ini aku bekerja di organisasi yang kecil
dimana pekerja tak sampai pun 10 orang dan masa OJT dulu pun cuma dapat tugasan
yang kecil je lps tu lepak j eke(Key in data je kejenya). Di sini, sebuah
organisasi media, di bawah payung media pengeluar majalah yang terbesar di Malaysia,
bertugas di salah satu unit akhbar yang pesat berkembang di pantai timur dan
akan mempunyai pasaran baru plak lepas ni iaitu di Pahang pada 19 Jun nanti
(Cubalah tekaa…). Disinilah aku dapat mencedok ilmu seberapa banyak yg mungkin
untuk pembangunan kerjaya aku.

 

Selepas lebih 6 bulan bekerja di
sini, status aku kat sini pun belum
confirm
lg, mungkin awal bulan Julai nanti kot. Mintak2lah naik gaji banyak
ckit agar boleh dijadikan sebagai dorongan/aspirasi untuk bekerja di sini,
kalau tidak pun agar berbaloi dengan degree aku agar duit yang ditabur oleh
family angkat aku dapat aku buat payback untuk mereka dan jugak untuk
pembelajaran adik2 angkat aku nanti serta duit unk pakai kereta baru
nnt(Lamanya nak dapat…).

 

Setelah lebih 6 bulan bekerja di
sini, aku dapat mengesan beberapa kelemahan yang ada pada diriku. Banyak
perkara perlu aku perbaiki diriku antaranya ialah dari segi komunikasi interpersonal dan juga hubungan interpersonal. Aku belum
pernah lagi bekerja begitu tertekan sebelum ini, kat sini asyik ada masalah
aje…yang paling menyakitkan hati ialah apbl hendak menyelesaikan sesuatu
masalah, bila buat memang dengan cara betul dah tp x jugak masalah tersebut dapat
diselesaikan. Tu yang buat tension, tambah2 plak bile mendengar rungutan drpd
staff  kt situ bila sesuatu masalah tu
tak dapat diatasi (Sebab kat sini hampir semua software yang digunakan oleh
setiap staff dlm setiap department aku kena tau, dari jabatan editorial,
prepress, pemasaran, dan jugak yang mesti tahu ialah pasal server, yg nie pun
banyak lg yang aku perlu pelajari). Satu lagi ialah nak layan setiap staff/user
kt sini.. Tgh syok layan problem staff tetiba ade plak staff yg lain panggil
plak..adehhh tu yg menganggu konsentrasi smp kadang2 aku naik hangin gak. Kalo
ajar diorang pun cara bagaimana nak atasi problem yg sama pun x bleh gak sbb
diorang akan lupa nanti. Huh..aku pun tak tahu ape nak kata, kt sini hampir
semua perkara orang IT kena control. Memang letih, byk jabatan yang IT kena
jaga..bukan setakat 2 jabatan tp
lebih drpd tu.

 

Walaubagaimanapun, aku berazam akan
cuba memperbaiki kelemahan2 yang ketara seperti bagaimana cara komunikasi yang baik, pengurusan
tugasan dan masa
yang lebih
sistematik
, pengetahuan teknikal,
keyakinan diri dan lain-lain lagi.
Walaupun mulai 3 Jun ni tinggal aku
je Staff IT kt sini, control IT di ofis Pengkalan Chepa dan mungkin juga di
Kuala Terengganu (Mungkin sekali sebulan kot kena pergi, aku baru pergi sekali
je..tu pun masa minggu ke-2 aku kerja).. Heheh..bukan apa, x dapat arahan rasmi
kena pergi ke KT sebulan sekali. Kalo dapat arahan rasmi yg aku kena pergi
setiap bulan..aku follow aje lah..OKlahh sebenarnya aku nak post kt sini pasal
trip aku ke Kuala Pilah masa hantar adik aku ke Kolej Matrikulasi kt sana, tp post tu
panjanglah plak..maybe lps nie kot aku akan masukkan dlm nie nanti..aku akan
ceritakan mcmmn buat pertama kalinya dlm idup aku, aku bg rasuah kat polis
trafik..heheheh..tungguuuu………

ps : Aik…kali nie boleh plak aku update blog mll laptop aku, sblm nie x bleh..Mgkn cookies dah didelete kt laptop aku masa friendster upgrade ari tu kot..

Aktechpage.com New Template

May 16th, 2007 by aktech

Resume post on 15th April 2007

Akhirnya, setelah hampir 3 minggu berhempas pulas design template baru, siap juga template baru untuk aktechpage.com. Ini adalah template yang ke-4 selepas 9 bulan aktechpage.com dilahirkan dalam dunia internet.  Template kali ini lebih istimewa dan lain daripada yang lain sebab mempunyai beberapa cirri istimewa. Antara ciri istimewa tersebut ialah :

1)    Mempunya pilihan 6 pilihan warna tema iaitu; oren, merah, pink, hijaubiru muda dan biru. Pelawat boleh menukar warna-warna pilihan meraka dengan klik pada control panel disebelah kiri.
2)    Mempunyai 3 pilihan width size template iaitu; 1024, 800 dan 600. Pelawat boleh mengubahnya mengikut citarasa tersendiri.
3)    Pengubahsuaian size font, terdapat 3 pilihan, kecil, besar dan sederhana.

Aktechpage_vulcanus

Pendek kata, template kali nie memang lain daripada template yang terdahulu. Sebenarnya, template ni aku amik daripada salah satu free Joomla! template website. Aku download dan ubah sikit-skit yang mana patut. Nak buat template Joomla! sendiri mungkin amik masa yang lebih masa sikit kot sebab tak cukup masa nak belajar template sendiri. Banyak komitmen terhadap kerjaya, bisnes dan jugak hal-hal peribadi. Aku target, setiap 3 @ 4 bulan sekali aku akan tukar template website ni agar kelihatan sentiasa baru dan up to date. Walaubagaimanapun, daripada apa yang telah aku buat pengubahsuaian template ini daripada template yang asal, banyak jugalah code-code baru yang aku belajar especially code CSS dan struktur fail-fail untuk menjadikannya satu template yang dinamik dan user friendly.

Tapi template baru ni masih ade lg bugs yang perlu aku perbetulkan (Kalo korang perasanlah). Aku akan buat beberapa pengubahsuain lagi terhadap template baru ini untuk membuang beberapa bugs.. Oklah..untuk makluman semua, di bawah ni aku sertakan beberapa screen capture template-template yang pernah digunakan oleh aktechpage.com sebelum ini disertakan dengan namanya sekali…

Aktechpage_car

Fv_bussiness_red

Aktechpage_silver

Source : www.aktechpage.com - Your 1-Stop Infotainment