Archive for October, 2008

Salam Aidilfitri 2008/1429H

Saturday, October 11th, 2008

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Aidilfitri walaupun hari ni sudah masuk 7 Syawal 1429H. Suasana Hari Raya masih lg terasa walaupun semua sudah balik ke bandar dan menyambung tugasan seharian seperti biasa. Bandar KB dan Pasir Mas juga sudah tidak sesak lagi dengan kenderaan dan perantauan yg pulang ke kampung. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf seandainya ada kesilapan sepanjang aktechpage.com online sejak Jun 2006 sekiranya kandungan dalam aktechpage.com mengguris perasaan pelawat. Insya Allah, selepas ini saya akan cuba update website ini sekerap mungkin. Wassalam.

Petikan dari www.aktechpage.com