Cabaran Kerjaya IT

Cabaran kerjaya IT?….meh aku nak citer
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh aku sepanjang aku bekerja sebagai IT
Eksekutif di tempat kerja aku sekarang. Aku akan ceritakan sikit kat sini
walaupun ada rakan sekerja dan juga bekas rakan sekerja aku yang sentiasa
melawat website aku ini dan sentiasa memerhati setiap penulisan aku di sini.
(Selalu baca artikel kat website aku tapi hampeh x memberi komen langsung
terhadap sesuatu artikel). Manusia ini
macam-macam, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Manusia juga mempunyai ego masing-masing dan sentiasa menganggap
apa yang dilakukan olehnya adalah yang terbaik baginya
. Begitu juga dengan
aku sebab aku juga adalah seorang manusia biasa. Aku juga sentiasa percaya apa
yang aku lakukan juga adalah yang terbaik untukku dan juga untuk orang lain.
(Tapi mestilah ada orang yang tak suka tindakan aku, sedangkan Nabi sendiri pun
pernah dibaling batu sampai berdarah, inikan pula manusia biasa macam aku).

Apa yang boleh dikatakan kerjaya aku sekarang ini
telah memenuhi beberapa imaginasi aku sebelum ini. Antaranya ialah dapat bekerja dalam satu organisasi yang besar
(Dulu organisasi kecik), bekerja dalam 1
pasukan
(Bukan kerja sorang2), dapat
berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira darjat dengan mesra
(Tak
memilih kawan yg hanya boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja), dapat menolong orang lain, tidak mempersoalkan tindakan orang lain
(Layan je, macamlah kita bagus sgt nak Soal itu ini), menjadi orang yang penting dalam sesuatu organisasi tersebut (Ye
ke??? Bolelahh…). Alhamdulillah. Tapi ada juga kerjaya aku ni tidak memenuhi
beberapa perkara yang diimaginasikan dulu. Tak boleh bagitau kat sini nanti ada
orang akan menggunakan apa yang aku tulis disini untuk menyerang aku (Ore kelate sebut ‘Mapuhh’). Opsss…www.aktechpage.com kan dah glamour sekarang ibarat Majalah PlayBoy
di pasaran Indonesia
(Perasan sikit…), mesti ramai yang baca artikel ini nanti.

Kerjaya aku ni boleh dikatakan tiada pengkhususan
khas dalam bidang IT. Kena serba boleh, selalunya ialah menyelesaikan apa jua
masalah yang berkaitan dengan IT di Kelantan dan Terengganu walaupun masalah IT
itu kadang2 hanyalah nak delete file dalam thumbdrive je (Disinilah aku belajar tidak mempersoalkan segala tindakan orang lain,
sbb sesetengah orang mmg langsung xde basic IT
). Contohlah, kalau IT
pengkhususan dalam PrePress, kerjanya hanyalah memastikan yang plate-plate
boleh dikeluarkan setiap hari tanpa ada sebarang masalah. Itu je, kerja dengan
mesin je. Kalo kerja tambahan pula, kira stok inventori plate, buat rekod. Kerjanya
xde kaitan dengan kerja orang lain. (Yang
penting kerja aku siap, kerja orang lain pergi mampuslah
) Salah satu kerja
aku, line telefon/faks yang bermasalah. Jikalau aku tidak dapat selesaikan
masalah ini dalam kadar cepat, akan menjejaskan kerja-kerja orang lain. Order x
bole wat lah, nak hantar cek susahlah, nak cakap dengan agen tak dapatlah.
(Disinilah aku belajar erti bekerja dalam 1 organisai yang kadangkala penuh
dengan politik)…nasib baik Mesin Faks dah x masuk dalam tugasan aku skrg. Cuma
aku akan tolong dalam hal ehwal faks mengfaks ni jika diperlukan. Pengalaman lalu
mengajar aku…

Akan bersambung ………

Ps : Sekarang di gelar “Selfish” pulak……hohohohoho………susah
bercakap dengan orang pandai cakap dan hebat (Lps ni kena panggil si dia abg
dah …selalu kena tegur dan dinasihati setiap tindakan aku)…..

Leave a Reply