Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

Sebenarnya manusia mudah
memberikan label untuk semua yg dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan
sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak
mengatasinya ataupun tidak. Psikologi
manusia memang hendak mudah
. Kalau ada sesuatu yg boleh dilabelkan sebagai
masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak
daripada mengatasinya.

 

Dah memang masalah. Nak buat macam mana?”

 

Biasa dengar begitu?

Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap
masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yg
menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji
batu yg menghempap tetapi sebutir emas yg jatuh di atas kepala.|

 

Benarkah masalah membuka peluang?

Lihat apa yg dilakukan oleh Thomas Edison. Dia ada masalah ketika
hendah menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu,
seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

 

Ketika semua orang kelaparan
apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran haznira
untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan mejualnya kepada rakan2.
Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

 

Ketika Akmal ada masalah
menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan
wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang dirumahnya tidak
boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

 

Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah
ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah
diganti pada perkataan peluang
ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan
pelbagai idea yg tak terjangka oleh kita.

Ps : Keje aku menghadapi masalah…masalah di opis, masalah di
rumah, masalah dgn member2 n mcm2 lg. Kadang2 mmg menyakitkan kepala. Oleh itu
dlm 1 hari seminggu. Aku akan rest otak aku drpd berfikir pasal masalah.
Barulah life is wonderful…tp kadang2 ada masanya kita akan rasa putus asa dan
sedih oleh sebab masalah.

Ps2 : Kerja aku ialah menyelesaikan masalah IT kt opis yg
selalu je berlaku. Kdg2 masalah ni menyakitkan kepala jgk…ttp kdg2 masalah IT
kt opis nie simple je cuma opismate je selalu nak bermanja dgn aku.
oklahh..lagipun kerja IT Exec ni pun best jugak, dpt byk membantu org dan
belajar bergaul dgn semua staff di semua dept….byk pahala aku dapat,
ameeennn…kalo keje sorang2 pun x best gak….

Leave a Reply