Archive for October, 2007

Salam Aidilfitri 2007

Sunday, October 14th, 2007

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Buah Hatiku…

Sunday, October 7th, 2007

Setelah hampir
2 tahun menabung
lebih kurang dalam RM200
tiap-tiap bulan dari hasil gaji, setelah hampir
4 bulan
membuat tempahan untuk mendapatkannya. Akhirnya, tanggal 2 September 2007, dapat juga aku memiliki
buah hatiku. Buah hatiku ini fizikalnya agak kecil, hidung agak mancumg, memiliki
mata yang cantik dan bersinar serta gayanya ringkas dan sempoi. Ehem..ni buah
hatiku yang kedua, sekarang dah ada 2 buah hati..heheheh…jangan mare….kan lelaki ada kuota
sampai 4. Orang lelaki boleh mempunyai buah hati beribu-ribu lemon….

Siapakah buah hatiku itu? Heheheh buah hatiku
yang kedua ini ialah kereta pertama yang kubeli dengan duit sendiri (Tak main
aaa pakai kereta mak ayah..)..kereta Proton
Saga Iswara Aeroback 1.3M Aeroback PST LM (
Depan Iswara belakang Saga..tp
ramai kata matanya lawa…)..Alhamdulillah,
walaupun dengan gaji yang tak seberapa dan tak berpadanan dengan kelayakan akademik(Kerja
dgn Syarikat Bumiputera yang kedekut)..dapat juga aku memiliki kereta ini.
Selepas 2 tahun merempit dengan motor Honda, sekarang nak merasa plak memandu kerete
sendiri. Huhuhu..dalam 3 minggu ni beribu jugalah abis. Bulan September ni gaji
aku mmg abis, nak bayar bil internet, bil ASTRO, dan yang paling hampeh saman
speed trap RM300. Kali ke-2 kena
saman dalam hidupku. Cobaann…..

Iswara_2_1

Apapun, bak kata orang, pkai kereta ni memang
banyak pakai duit. Bukan mcm pkai motor, perbandingan belanjawan pkai moto
dengan kereta ialah 10 kali ganda.
Contohnya, minyak motor, buh RM5 dah
penuh dah tangki dan bolehlah bertahan selama 3 hari ulang-alik dari rumah ke ofis. Tapi kereta ni plg koman aku
kena isi RM50…tu pun belum penuh
lagi tangkinya dan bertahan selama 4
hari
kot. Untuk sementara waktu ni,
aku mungkin akan bawa kereta dan motor ke ofis @ jalan2 bergilir2..Nanti kang
merajuk plak motor aku tu kang. Apapun dengan memiliki kereta ini, dapat jugak
aku jaga status aku sbg seorang yang bekerja di sebuah syarikat yg berprestij
(Ye ke??) dan juga jaga nama baik mak bapak angkat aku. Sekurang2nya saudara
mara respeklah jgak kt aku n my family. Serta orang kampung…Takdelah diorang
anggap aku ni keje kilang ke..Tp biasanya apabila aku sebut je aku keje kt
Sinar Harian, semua orang akan cakap “Keja Wartawan ke??”..kalo mak bapak aku
mmg jawab “iyo”. (Sebab diorang maleh nak explain apekebende keje aku).

Tapi hampeh juga pkai kereta ni, makan banyak
duit wooo…Lagi satu bila bawak kereta, rasa tak bebas ckit. Nak parking susah
dan kekadang tu kena bayar plak, x macam motor, bebas dan boleh letak kat mana2
yg sesuai serta free, senang terperangkap dlm jem, kalo motor boleh
mencelah2…cepat ckit smp rumah. Untuk sementara waktu ini, aku tidak
menggunakan kereta terlalu kerap, aku hanya menggunakan kereta apabila memerlukan
sahaja iaitu seperti hari hujan, bawak family jejalan dan jugak bawak awek
(Dalam proses memikat).

Ps : Adakah Gadis Pantai Timur (Selising) merupakan buah hati sebenar pertama
ku ???….