Salam Ramadan Al-Mubarak
Sunday, September 16th, 2007Hari ini masuk hari ke-5 aku berpuasa bersama
umat Islam yang lain di Malaysia. Buat pertama kalinya aku berpuasa di tempat
kerja aku, dan juga pertama kalinya berbuka puasa di ofis. Huhuhuh…tak best
berbuka kt ofis…adelah dekat 5-6 org berbuka, berbuka bersama staff Jabatan Editorial, wartawan2 Sinar
Harian Kelantan. Aku sorang je alien kt ofis (IT sorang je staff di Peng. Chepa
yg jaga server 2 negeri)…heheheh…Apapun best jugak berbuka di ofis, rasa macam
dok jauh dr kampong plak. Sekali sekala berbuka bersama rakan sekerja best
jugak, dapat merapatkan silaturahim dan dengar gosip2 terbaru semasa berbuka
bersama. Berkawan dengan wartawan ni best, dapat dengar banyak cerita2 menarik
tentang macam-macam. Cerita tentang politik, kemalangan, jenayah dan makanan…
Tapi yang x bestnya, pertama kalinya juga aku
tidak dapat menjalankan ibadat yang paling best di bulan Ramadhan, iaitu sembahyang Teraweh. Aku cuma dapat
menjalani ibadah ini semasa cuti hujung minggu sahaja, yakni aku cuma dapat
sembahyang teraweh 2 kali seminggu. Kalau dihitung sepanjang bulan Ramadhan
ini, aku hanya dapat sembahyang teraweh sebanyak 6 kali sahaja. Hmmm…rasanya
mungkin aku akan curi time keje 1 jam dr pukul 8.15mlm hingga 9.15mlm untuk
sembahyang, bukan tiap2 hari..sekali sekala udah ler…kang bising plak kt opis
pasal aku ponteng keje. Kat tempat keje aku kalo sembang pasal perkara buruk
tentang orang mmg hebat, kat sini kalo sesiapa tak pandai bercakap buruk
tentang rakan staf yang lain, akan tidak mempunyai pengaruh, tetapi kalo
seseorang staff itu hebat bercakap buruk tentang orang lain, dia akan dihormati
dan akan mempunyai pengaruh. Hmmm..nampaknya dunia mmg betul2 nak kiamat dahh….Aku??…lebih
suka diam dan buat2 bodoh sahaja…
Oklahh..melalut jauh plak…dikesempatan ini,
kepada sesiapa yang baca blog ni, kawan-kawan yang mengenali aku. Aku ingin
mengucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
AL-MUBARAK…
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA…
BANYAKKAN BACA QURAN DAN MELAKUKAN PERKARA BAIK.
SENANTIASA SABAR DAN TABAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Letak teratai dalam dulang
Di hias dengan daun cemara
Banyakkan doa semasa sembahyang
Mohon diampuni dosa di dunia.
Anak kecil duduk bersama
Bermain bergembira sesama mereka,
Siang hari kita berpuasa,
Solat Tarawih dimalam harinya.
Pusing kepala ubat dicari
Dimanakah disimpan untuk didapat
Solat tarawih di malam hari
Barulah mendapat manfaat.
Berbuat baik berpada pada
Pasti ramai orang suka
Waktu berbuka perlu bersegera
Jangan nafsu menguasai Anda
Jika ada salah silap sepanjang menulis disini…ada
yang terasa…
Setiap manusia walaupun namanya bermaksud “sempurna”…tidak lari dari melakukan
kesilapan.
Mohon Maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung
jari kaki.
ps : Selamat Berpuasa…semoga Ramadan kali ini adalah
Ramadan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.