Musim Buah + Musim Kahwin
Cuti sekolah dah pun abis, adik aku yg belajar kt
Kolej Matrikulasi kt Kuala Pilah pun dah balik semula ke kolej pada 24 Ogos
yang lalu. Dalam cuti sekolah ni walau tak sempat bawa adik-adik aku gi
jejalan..Cuma dapat bawa diorang kuar makan special je 2 kali..cukuplah…Bulan Julai dan bulan Ogos
ni merupakan musim buah dan musim kahwin. Dan juga orang kata, ini juga adalah
petanda permulaan musim iaitu musim puasa, hari raya, saman, ops sikap dan
kemalangan…oppsss…
Mula dulu dengan musim buah, musim buah yang
paling best ialah pada masa inilah aku dapat makan buah tempatan yang best dan
sedap. Antaranya buah yang menjadi kegilaan orang ramai ialah durian (Sedap
buat pulut durian), manggis, rambutan (I don’t like it), dokong (My favourite)
dan langsat. Masa inilah juga aku dan ayah aku akan kebun untuk melihat kebun
dan membersih kebun setelah hampir setahun tidak mengunjunginya. Kebun family
dan juga kebun orang yang keluarga aku tolong jaga. Tapi….sejak kerja kat
syarikat akhbar ni..aku nak panjat pokok pun dah tak boleh…baru je nak panjat
dah ade orang call aku pasal problem kt opis…huh…x leh konsentrate
langsung..hampagas btoll..dah tak boleh makan buah atas pokok dah…heheheh…Tapi
sekarang dah penghujung musim buah…buah yang sedang hangat sekarang Cuma buah
rambutan je. Tunggu plak musim tahun depan.
Ok…masuk plak musim yang best..musim kahwin. Bila
je cuti sekolah bermula, maka bermulalah pesta kahwin sana sini di Kelantan. Sepanjang jalan dari
Pasir Mas ke Salor pasti ade je bunga mangga menunjukkan majlis kahwin disitu
yang kelihatan masa aku nak pergi ofis setiap hari (Aku stat keje kul 2.00 petang).
Aku pun kali ni banyaklah jugak dapat undangan majlis kahwin dari member, ade 1
kat Perak, 1 kat Penang, 1 kat Kedah, 2 kat KL dan yang banyak sekali mestilah
di Kelate. Errkkk..rasanya x pergi yang luar Kelate tu kot..dekat2 je
lah….keringlah aku kalo pergi juga nanti..dahlah tarikh dekat2 je…cukuplah
sekadar menghantar hadiah dan ucapan. Kawan-kawan sepejabat aku pun banyak
jugak yang kahwin, adelah 3@4 pasang yang bertemu cintanya ditempat kerja dan terus
kahwin. Huh…macam tradisi plak..bercinta dan berkahwin rakan sepejabat kat
tempat kerja aku ni (Senior yang cakap)… makin kuranglah teruna dan gadis di
ofis..tapi kebanyakan bunga-bunga di ofis sini dah menjadi hak milik orang. Cuma
menunggu masa sahaja untuk dipetik dan digubah. Aku pun dah tak sempat nak memiliki
1 bunga tu.. Sape tu???….Sape2 aahh…..
Aku??..heheheh still single dan solo. Cukuplah 4
perempuan dalam hidup ku sekarang..ni pun dah tak larat nak layan…tambah 1
lagi..adehhh…migrainlah kepala aku…Tapi, sebagai manusia mestilah nak jugak
wanita yang boleh tidur sebantal dan seselimut…oppsss…kalo tidak..ade yang x
kenalah tu…Cuma sekarang nak focus pada satu persatu dulu..banyak lagi impian
aku yang tak tercapai….tapi setakat ini, alhamdulillah…perkara yang aku
berimaginasi (Bukan angan-angan) dulu dah ade yang tercapai sekarang..
Contohnya, menjadi orang yang penting di ofis…Penting
ke??!!!..entahlah…terserah pada orang yang melihat cara aku bekerj. Lagipun
kalo ade yang tersayang pun, mungkin aku x bole nak bagi komitment, Why??
Because time is killing me…Sekarang ni 24 jam sehari cam tak cukup je. Macam2
aku nak buat dalam 1 hari. Tapi selalunya apa yang aku nak pasti akan dapat
(Tak semua), Cuma perlu berusaha, sabar dan tunggu…oklah takde idea dah nak
tulis…banyak lg mende nak wat ni…Chow…
Ps : Menanti setia pada yang SATU.