Domain and Hosting AkTechPage.com Renewal
Kedatangan bulan Jun
pada tahun ini menandakan genaplah setahun website pertama aku
merangkap website main2 (Tempat aku testing and error, dan juga tempat
aku menuntut ilmu yang baru berkaitan dunia web dan internet) iaitu www.aktechpage.com. Genap setahun nie terpaksalah aku memperbaharui domain(nama URL iaitu www.aktechpage.com) dan juga sewa hosting (10GB). Dulu semasa membeli domain dan hosting AkTechPage.com, aku membeli domain dengan harga RM35 dan hosting sebanyak RM100 dari sebuah syarikat yang mana bagi aku servisnya sangat bagus, jadi jumlahnya ialah RM135.
Betullah kata orang yang pakar dalam ilmu IT, jika kita melanggan
Streamyx di rumah banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita tahu
macam mana menggunakannya.
Semasa mendapat email daripada syarikat yang aku beli domain dan hosting pakej, aku ingatkan aku hanya perlu membayar RM135 sahaja, tetapi aku terpaksa membayar RM235
plak. Rupa-rupanya semasa aku membeli dari pakej hosting dulu aku telah
membuat satu kesilapan yang kecil tetapi patut diberi perhatian besar
semasa membeli pakej hosting yang ditawarkan oleh sesuatu syarikat
pembekal hosting(Hosting Provider). Lagipun masa itu aku masih lagi
naïf perihal pembelian hosting dan domain sebab baru 6 bulan melibatkan
diri dalam dunia internet. Sebelum ini aku lebih menumpukan terhadap
bidang pembangunan system dan perisian. Selepas lebih 2 tahun
melibatkan diri dalam bidang tersebut, tetiba plak rasa bosan jadi
tukar bidang plak kepada dunia maya internet. Oppsss melalut plak,
kesilapan tersebut ialah aku tidak meneliti saiz Database untuk MySQL.
Pakej RM100 yang aku beli dulu ini hanya menyediakan saiz database 30MB sahaja, sedangkan selepas setahun saiz database aku dah pun melebihi saiz iaitu 32MB.
Nak tak nak terpaksalah aku mengupgradekan hosting aku semata-mata
untuk mendapat size database yang xde limit (Lagipun aku malas nak
memeningkan kepala untuk mencari hosting yg lain semata2 nak save RM100). Maka 10 Jun 2007 yang lalu, terpaksalah aku bayar RM200 (2.5GB) untuk hosting dan RM35 untuk domain, semua sekali RM235 (huh..nasib baik aku dah dapat bayaran separuh drpd www.hartanahkelantan.com untuk upah membangunkan websitenya…Alhamdulillah).
OKlahh…sini
dengan pengetahuan aku yang tak seberapa, aku akan memberi sedikit
tips-tips apa yang perlu diberi perhatian ketika membeli hosting dan
domain dari mana-mana syarikat pembekal, antaranya ialah :-
1.) Disk Space (Web + email) = 1-2 GB (Ok dah…)
2.) Bandwith (Data Transfer) = 30-50GB (traffic..maksudnya dlm 1 masa brape org bole buka website anda..lagi besar lagi bagus)
3.) Domain hosted = 5
(Dlm 1 hosting, brape domain yang boleh dimasukkan, cthnya bleh letak 5
website sekaligus dlm 1 hosting, bergantung pd individu)
4.) Subdomain = selalunya unlimited.
5.) E-Mail Account = unlimited
6.) Control Panel/CP = system pengurusan website (Aku suka guna yang ni, very user friendly).
7.) Max Database Size = Unlimited (Disinilah kesilapan yang aku maksudkan, mesti kena Unlimited)
Hmmmm
setakat tu je kot yang boleh aku kongsi, lagipun sekarang dah pukul 4
pagi. Huh….ari ni sekali lagi bad day…mmg tensen wooo keje IT
Executives kat tmpt keje ni..nak layan user lg, problem plak pelik2
je…mmg luar biasa problemnya smp aku kena wat research dan kaji selidik
atas sesuatu problem dulu apekehel jadi camtu…Nasib baiklah dapat Bigg
Boss yang ok… Mr.Syamil Fahim…bolelah aku tanya ckit..dan juga sifu2
ICT kt HQ SA…kalo aku sorang sini adehhh…otak wooo…kdg2 aku smp kena
marah kt staff lain sbb tak layan dan x dapek nak settle prob diorang.
Nak ajar diorang pun diorang mmg buta IT. Opsss sekali lagi aku
melalut…luah perasaaan sikit. Oklah setakat nie je..Chowww…..
Ps : Jadi orang yang berilmu pun susah, tak jadi orang yang berilmu pun susah…Aiyaaa…
Advertisement:
www.laptopnavel.com - Your 1-Stop Underground Laptop/Notebook Resources
sexywheel.blogspot.com - Your Spicy Supercar Garage
Resume post on 1st July 2007

November 14th, 2008 at 10:54 am
Этот блог заслуживает похвалы. Обязательно напишу про него на закрытом форуме вебмастеров. Думаю, вебмастера согласятся со мной. Кстати вы можете присоединиться к сообществу вебмастеров, закрытый форум вебмасетров.