Fungsi Bercakap
Sunday, July 29th, 2007Apabila kita bercakap-cakap dan
berbual-bual kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu
lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Apabila kita bertukar-tukar
pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain.
Aktiviti bercakap-cakap dan
berbual mempunyai banyak fungsi, antara fungsi-fungsinya ialah :
- Menjalin hubungan dengan manusia-manusia lain. Manusia ialah “haiwan” berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan manusia-manusia lain.
- Memberi rangsangan. Manusia memerlukan manusia-manusia lain untuk diajak bercakap-cakap dan berbual-bual kerana manusia memerlukan rangsangan. Manusia memerlukan beberapa jenis rangsangan :
a) Rangsangan
fizikal seperti sentuhan dan belaian. Aktiviti bercakap dan berbual biasanya
mendahului ataupun mengiringinya aktiviti sentuh menyentuh antara manusia.
b) Rangsangan
emosi supaya mereka dapat mengalami perasaan seronok, suka, gembira, bahagia,
dan puas. Manusia memerlukan kasih saying drpd manusia lain. Rangsangan emosi
boleh diberikan dengan menggunakan kemahiran bercakap dan berbual dengan
menggunakan kata-kata secara positif.
c) Rangsangan
mental untuk aktiviti otaknya. Dengan cara bercakap dan berbual manusia
mendapat rangsangan untuk berfikir dan bertukar fikiran.
d) Melalui
bercakap, manusia boleh memberi dorongan, perangsang, nasihat dan idea kepada
manusia lain.
- Fungsi ketiga ialah memenuhi keperluan estim diri. Manusia adalah haiwan yg sangat memerlukan kemulian dan penghargaan daripada manusia lain. Melalui
aktiviti bercakap dan berbual dengan manusia lain mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai, disanjung, dan penting kepada orang lain. - Perkongsian, manusia suka dan bahagia apabila nasib mereka baik dan sedih apabila nasib mereka buruk. Apabila mereka mendapat nikmat, manusia perlu menambahkan lagi rasa kenikmatan yang dialaminya, dan mereka perlu mengurangkan rasa kesengsaraan yang menimpa mereka.
ps : Bercakap apabila diperlukan sahaja….kurang bercakap bukannya sombong dan x suka bercakap ttg keburukan orang lain(kadang2 terlepas jugak kalo dah overlimit…:P)


