Selepas 6 bulan……
Sudah lebih 6 bulan aku bekerja
ditempat yang baru, masa masuk dulu kalau tak silap aku 12 November 2006 dulu aku amat blur masa tu sebab semua benda baru,
tugasan baru, orang-orang baru dan semua barulah. Walaubagaimanapun, inilah
tempat pertama aku bekerja dimana aku berja di sebuah organisasi yang besar,
mempunyai banyak jabatan, dan semestinya ramai orang. Banyak perkara baru yang
aku boleh belajar di sini. Sebelum ini aku bekerja di organisasi yang kecil
dimana pekerja tak sampai pun 10 orang dan masa OJT dulu pun cuma dapat tugasan
yang kecil je lps tu lepak j eke(Key in data je kejenya). Di sini, sebuah
organisasi media, di bawah payung media pengeluar majalah yang terbesar di Malaysia,
bertugas di salah satu unit akhbar yang pesat berkembang di pantai timur dan
akan mempunyai pasaran baru plak lepas ni iaitu di Pahang pada 19 Jun nanti
(Cubalah tekaa…). Disinilah aku dapat mencedok ilmu seberapa banyak yg mungkin
untuk pembangunan kerjaya aku.
Selepas lebih 6 bulan bekerja di
sini, status aku kat sini pun belum
confirm lg, mungkin awal bulan Julai nanti kot. Mintak2lah naik gaji banyak
ckit agar boleh dijadikan sebagai dorongan/aspirasi untuk bekerja di sini,
kalau tidak pun agar berbaloi dengan degree aku agar duit yang ditabur oleh
family angkat aku dapat aku buat payback untuk mereka dan jugak untuk
pembelajaran adik2 angkat aku nanti serta duit unk pakai kereta baru
nnt(Lamanya nak dapat…).
Setelah lebih 6 bulan bekerja di
sini, aku dapat mengesan beberapa kelemahan yang ada pada diriku. Banyak
perkara perlu aku perbaiki diriku antaranya ialah dari segi komunikasi interpersonal dan juga hubungan interpersonal. Aku belum
pernah lagi bekerja begitu tertekan sebelum ini, kat sini asyik ada masalah
aje…yang paling menyakitkan hati ialah apbl hendak menyelesaikan sesuatu
masalah, bila buat memang dengan cara betul dah tp x jugak masalah tersebut dapat
diselesaikan. Tu yang buat tension, tambah2 plak bile mendengar rungutan drpd
staff kt situ bila sesuatu masalah tu
tak dapat diatasi (Sebab kat sini hampir semua software yang digunakan oleh
setiap staff dlm setiap department aku kena tau, dari jabatan editorial,
prepress, pemasaran, dan jugak yang mesti tahu ialah pasal server, yg nie pun
banyak lg yang aku perlu pelajari). Satu lagi ialah nak layan setiap staff/user
kt sini.. Tgh syok layan problem staff tetiba ade plak staff yg lain panggil
plak..adehhh tu yg menganggu konsentrasi smp kadang2 aku naik hangin gak. Kalo
ajar diorang pun cara bagaimana nak atasi problem yg sama pun x bleh gak sbb
diorang akan lupa nanti. Huh..aku pun tak tahu ape nak kata, kt sini hampir
semua perkara orang IT kena control. Memang letih, byk jabatan yang IT kena
jaga..bukan setakat 2 jabatan tp
lebih drpd tu.
Walaubagaimanapun, aku berazam akan
cuba memperbaiki kelemahan2 yang ketara seperti bagaimana cara komunikasi yang baik, pengurusan
tugasan dan masa yang lebih
sistematik, pengetahuan teknikal,
keyakinan diri dan lain-lain lagi.
Walaupun mulai 3 Jun ni tinggal aku
je Staff IT kt sini, control IT di ofis Pengkalan Chepa dan mungkin juga di
Kuala Terengganu (Mungkin sekali sebulan kot kena pergi, aku baru pergi sekali
je..tu pun masa minggu ke-2 aku kerja).. Heheh..bukan apa, x dapat arahan rasmi
kena pergi ke KT sebulan sekali. Kalo dapat arahan rasmi yg aku kena pergi
setiap bulan..aku follow aje lah..OKlahh sebenarnya aku nak post kt sini pasal
trip aku ke Kuala Pilah masa hantar adik aku ke Kolej Matrikulasi kt sana, tp post tu
panjanglah plak..maybe lps nie kot aku akan masukkan dlm nie nanti..aku akan
ceritakan mcmmn buat pertama kalinya dlm idup aku, aku bg rasuah kat polis
trafik..heheheh..tungguuuu………
ps : Aik…kali nie boleh plak aku update blog mll laptop aku, sblm nie x bleh..Mgkn cookies dah didelete kt laptop aku masa friendster upgrade ari tu kot..