Teori McClelland
Teori McClelland sudah digunakan
dengan meluasnya oleh ahli-ahli psikologi lain ntuk mengkaji ciri-ciri
personaliti pejaya, iaitu individu-individu yg sangat berkehendak kepada
kejayaan . Antara hasil daripada kajian mereka ialah:
- Individu-individu itu sengaja mencari tugas-tugas yg banyak memberi cabaran.
- Mereka mahu supaya diberikan tanggungjawab yg menghendaki mereka membuat pelbagai keputusan.
- Mereka mahu supaya tugas-tugas yg mereka jalankan itu diberi penilaian demi mencapai kemajuan.
- Mereka akan melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas-tugas itu penuh dengan tanggungjawab, mengandungi kepelbagaian, diberi penilaian dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya individu-individu yg bukan pejaya tidak menunjukkan hasil yg lebih baik apabila mereka diberi tugas-tugas yg memiliki ciri-ciri seperti itu.
- Individu-individu pejaya cenderung menjadi usahawan.
- Mereka memiliki dorongan yg kuat untuk memajukan diri mereka dengan daya usaha sendiri.
Salah satu tingkah laku menonjol
personaliti pejaya ialah mereka itu berminat bercakap dan mendengar perbincangan
yg mengandungi topik-topik tertentu sahaja, seperti topik-topik yg
menggambarkan peluang –peluang kemajuan kepada status mereka, keuntungan
ekonomi, ataupun peningkatan kuasa yg mereka miliki.
Ciri-ciri personaliti pejaya
lebih kerap terdapat di kalangan keluarga kelas menengah, di mana baik ibu bapa
mahupun anak-anak mereka sama-sama memiliki ciri-ciri itu. Nampaknya anggota
kelas menengah lebih kuat berusaha untuk mencapai kejayaan yg lebih tinggi
dengan harapan mereka dapat menembusi kelas sosioekonomi atasan. Kajian
menunjukkan keluarga-keluarga daripada kelas bawahan dan juga kelas atasan
melahirkan lebih ramai anak-anak yg tidak memiliki ciri-ciri pejaya, iaitu
anak-anak mereka tidak sangat berkehendak kepada kejayaan.
Teori McClelland juga dikenali
sebagai teori keperluan-keperluan yg
dipelajari. Beliau mengatakan keperluan-keperluan manusia tidak bersifat
semulajadi atau fitrah. Sebaliknya, apa yg lazimnya dianggap keperluan adalah
sebenarnya tingkah laku yg dipelajari melalui perkara-perkara dan
peristiwa-peristiwa yg dialami oleh seseorang individu itu sepanjang hidupnya.
Segala tingkah laku seseorang individu itu mencerminkan bagaimana individu
berkenaan mempersepsi segala situasi yg dialami dan juga mencerminkan
perkara-perkara yg mendorongnya melakukan apa yg dilakukannya.
Lazimya wang menjadi pendorong
penting kepada manusia. Tetapi, menurut McClelland, wang tidak berapa mendorong
orang-orang yg memiliki keperluan pencapaian yg amat tinggi disebabkan
orang-orang itu memang sudah sedia memiliki dorongan yg sangat tinggi untuk
berjaya. Sebaliknya bagi orang-orang yg rendah keperluan pencapaiannya, mereka
sangat terdorong oleh wang. Apabila mereka ditawarkan wang, mereka akan bekerja
lebih kuat.
Bagi orang-orang yg memiliki
keperluan pencapaian yg amat tinggi, wang hanyalah sejenis maklum balas dan
sejenis pengiktirafan sahaja kepada kejayaan daya usaha mereka. Apabila mereka
berjaya, mereka menganggap ganjaran wang adalah bukti bahawa mereka sudah
berjaya.
ps : A very good theory to practice …