Teknik Memecah Dara

Tahukah anda apa itu ‘memecah dara‘? Bagi anak muda yang belum berkahwin, isu ‘dara’ seolah-olah merupakan satu misteri.

Tidak ramai orang yang suka
membincangkannya dan kalau anda bertanya pun orang yang telah
berpengalaman mungkin akan menjawab sambil berjenaka: ‘Itu pun mahu
ditanya? Senang ba itu. Sudah cocok nikahlah. Sudah nikah cucuklah..’.

Sebenarnya dalam artikel ini isu ‘memecah dara‘ adalah jauh lebih penting dari apa yang selalu mahu ditanya kepada mereka yang telah berpengalaman. Kini misteri ‘memecah dara‘ sudahpun terungkai. Selepas ini ramai anak muda akan membincangkan perihal ‘memecah dara‘ yang penuh teknik, penuh ilham lagi berwawasan. Bagi perempuan yang belum bernikah pula, jagalah kehormatan anda dan peliharalah mahkota kesucian anda…….

‘Memecah dara’ yang saya maksudkan di sini ialah menjadi perintis dan peneroka(Jangan mare … :D). Untuk berjaya, seorang insan itu perlu memecahkan ruyung barulah dapat sagunya. Dia perlu jadi orang yang pertama. Sebelum itu belum ada yang pernah mengkaji melainkan dia. Sebelum itu belum ada yang pernah menyelidik melainkan dia. Sebelum itu belum ada yang pernah melakukannya melainkan dia.

Sikap ini amat penting dipupuk dan dibaja di kalangan orang Timur, terutamanya orang Melayu. Kita tidak mahu orang kita hanya maju dari segi menggunakan teknologi tapi maju dari segi mencipta teknologi baru. Inilah yang masih kurang. Yang membimbangkan kita ialah begitu ramai anak-anak muda leka dibuai oleh berbagai teknologi baru ciptaan orang lain. Masa mereka terlalu banyak dihabiskan untuk menggunakan teknologi bukan menghasilkan teknologi. Terlalu banyak masa digunakan untuk menghabiskan wang, bukan untuk mendapatkan wang.

Apakah teknik terbaik untuk ‘memecah dara‘? Gunakan kemudahan internet untuk meneliti apakah yang belum ada tapi diperlukan oleh ramai orang.
Orang yang memilih jalan mudah biasanya akan menjawab: ‘Semua dah ada,
tak ada apa lagi yang patut dicipta, kita gunakanlah saja apa yang ada,
buat apa pening kepala….’. Memanglah. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kalau anda sanggup bersusah-payah pada masa sekarang, anda akan menjadi hebat di masa hadapan. Bila solat, mohonlah ke hadrat Allah agar anda diberikan ilham-ilham untuk membolehkan anda mencipta berbagai perkara baru yang bermanfaat. Itulah teknik terpenting ‘memecah dara‘.

Saya harap anda gembira membaca artikel ringkas ini. Saya pilih tajuk Teknik Memecah Dara agar ramai orang akan baca artikel ini. Ia mempunyai hikmah yang jauh lebih penting dari memecah dara mengikut pengertian konvensional. Pesanan untuk anda dan diri saya sendiri: ‘Pecahkan Darayang ini dulu. Mudah-mudahan kita semua akan berjaya dan menjadi bangsa dan umat Islam yang hebat.

ps : What’re you thinking?? , jom kita pakat2 memecah dara semua … :D

Leave a Reply