Otak Kita …

Kita semua mempunyai 10 hingga 15
billion neuron(Sel Saraf) di dalam otak
. Jumlah
yg sebegini banyak melebihi dua kali ganda seluruh penduduk dunia. Jika
dikumpulkan semua otak, ciptaan yg pernah diciptakan oleh manusia sejak dulu
lagi hingga kini tidaklah mencapai nisbah yg sepatutnya. Memanglah, kerana
jumlah neuron tidak melambangkan
kecerdikan seseorang tetapi rangkaian yg menghubungkan antara neuron dengan neuron atau dipanggil sinaps(synapses)
itulah yg menentukan tahap kecerdasan tersebut
. Namun, meskipun jumlah sinaps
yg biasa dalam otak manusia berjumlah sekitar 10 trilion(10,000,000,000,000), tidak
semuanya terguna dengan baik kerana kurangnya pengetahuan tentang peranan
imaginasi merealitikan impian-impian
. Dan tahukah anda, 25,000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang
jarum
.

 

Mewujudkan imaginasi adalah salah
satu daripada peranan otak dalam aktiviti berfikir. Imaginasi yg telah wujud
akan melalui beberapa lagi proses internal
yg akan menggerakkan anggota-anggota manusia yg lain untuk merealitikan
impian-impian yg telah digambarkan itu.

 

Berat otak lebih kurang 1.5kg
iaitu 1/40 drpd berat badan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak neocortex, otak mammalian dan otak reptilian.

 

Pulsa saraf di dalam badan
manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler &
Lockard)
. Ia kemudian bersambung dengan cabang saraf yg disebut axon dan dendrite. Cabang saraf axon
ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada dendrite supaya otak dapat berfungsi.

 

Otak neocortex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri
dikenali sebagai otak logic
manakala otak kanan otak artistic.

 

Neuron mengandungi bahan sel yg saling bersambung di antara satu
sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat
di antara satu neuron dengan neuron yg lain.

 

Dr. Roger Sperry dari Institut
Teknologi California pada tahun 1965
telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yg dipercayai dan
digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul Maclean mendapati manusia
hanya menggunakan 10% drpd potensi otak
, 90% lg sentiasa menanti untuk
dikembangkan
.

 

Otak Kanan-Kreatif (Creative)

 

- Sintesis

- Analogi(membentuk
kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan cirri yg serupa
)

- Ruang

- Intuitif(kebolehan
mengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yg biasa/mengikut gerak
hati
)

- Holistik(kebolehan
memahami idea secara keseluruhan
)

- Bentuk / Corak / Pola / Lukisan / Rentak / Muzik / Imej
/ Visual / Gambar

- Imaginasi

- Kreativiti (kebolehan
menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative
)

- Global

- Interaktif

- Gerakan / tarian

- Melihat perhubungan dan keseluruhan

- Amalan

- Serentak (kebolehan
memproses lebih drpd satu jenis aktiviti minda dalam satu masa
)

- Visi

- Perkongsian / Kerohanian

- Bunyi semula jadi

- Emosi(perasaan)

- Konkrit

 

 

Otak Kiri-Logik(Logic/Numerical)

 

- Bahasa / Lisan

- Terancang dan berstruktur

- Bukan gerakan

- Pengiraan

- Penulisan

- Melihat Bahagian-bahagian

- Teori

- Mengawal perasaan

- Analisis

- Simbolik

- Abstrak

- Sekuens (turutan)

- Rasional

- Digital

- Logik

- Fakta

- Terperinci

- Perancangan

- Prosedur

- Ulangan

- Pengelolaan

- Lelurus (linear)

ps : Pssssss …. Kalo x paham, buat2 paham jek … :D

Leave a Reply