SALAH ataupun BETUL tidak penting.

Ramai orang beranggapan apa yang
betul dan apa yg salah adalah dua perkara yg saling bertentangan. Mereka
percaya kalau sesuatu itu betul, ia tidak mungkin salah. Mereka juga percaya
perkara-perkara yg dilakukan dgn betul menghasilkan kejayaan, manakala
kesilapan menghasilkan kegagalan. Oleh itu kehidupan ini menyediakan pelbagai
ganjaran untuk apa-apa yg betul, dan menyediakan pelbagai hukuman bg kesilapan
dan kesalahan.

 

Orang juga percaya bahawa
kejayaan dan kegagalan adalah dua perkara yg saling bertentangan - sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa
kegagalan, manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin merupakan kejayaan. Dalam
erti kata lain, mana mungkin orang yg gagal dianggap orang yg berjaya. Begitu
juga dikatakan, sesuatu yg betul tidak mungkin dapat diterima sebagai salah.
Benarkah begitu?

 

Sebenarnya, baik kejayaan mahupun
kegagalan, kedua-duanya tidak saling bertentangan, disebabkan kedua-duanya
adalah dua aspek proses yg sama, iaitu daya usaha. Seseorang yg tidak mempunyai
daya usaha tidak menghasilkan kejayaan mahupun kegagalan.

 

Mana-mana daya usaha yg
menghasilkan kejayaan, ia juga dapat menghasilkan kegagalan. Tanpa daya usaha,
tidak akan berlaku apa-apa, sama ada yg betul mahupun yg salah; baik kejayaan
mahupun kegagalan.

 

Meskipun perkara ini benar, namun
ramai orang tidak dapat menerima kesalahan dan kegagalan dengan hati terbuka.
Mereka menyediakan dua jenis insentif, satu untuk mendorong kejayaan, dan satu
lagi untuk mencegah kegagalan. Bagi setiap kejayaan disediakan intensif positif
seperti hadiah dan pengiktirafan. Bagi setiap kegagalan disediakan intensif
seperti hukuman dan tiada pengiktirafan.

 

Orang yg tidak cuba melakukan apa-apa yg baru tidak menghadapi risiko. Kalau anda seorang kerani,
dan anda terus membuat kerja-kerja perkeranian anda sekarang, anda tidak
menghadapi risiko, sebab anda sudah mahir membuat kerja-kerja itu. Tetapi jika
anda cuba
menukar kerjaya anda, daripada seorang kerani kepada seorang jurujual, anda sudah
pasti menghadapi risiko, disebabkan tugas-tugas kejurujualan adalah pekara baru
bagi anda.

 

Keupayaan berfikir secara kreatif
adalah penting untuk menjadi orang yg berjaya. Sebagai seorang jurujual,
pendapatan anda tidak ada batasnya. Bukan seperti seorang kerani, dimana gaji
anda sudah ditetapkan dari awal lagi
oleh majikan anda. Sebaliknya pendapatan anda sebagai jurujual tidak pernah
ditetapkan. Semakin banyak jualan anda semakin tinggi pendapatan anda. Untuk menjadi
jurujual yg berjaya, anda perlu mencari cara-cara baru untuk membuat lebih
banyak jualan. Ertinya seorang jurujual wajib memiliki daya kreatif. Ertinya
anda mencuba mencuba dan mencuba.

 

Sesetengah orang takut mencuba
perkara-perkara baru dan idea-idea baru disebabkan mereka takut menghadapi
risiko kegagalan. Ingatlah, Thomas Edison melakukan lebih daripada dua ribu
kegagalan sepanjang usahanya mencipta mentol elektrik.

 

Kajian-kajian yg dibuat oleh
pakar-pakar psikologi mendapati salah satu ciri peribadi yg ketara pada orang
yang kreatif ialah sifat sangat tabah dan cekal menghadapi kegagalan demi
kegagalan serta sifat tekun berusaha. Apabila mereka menghadapi masalah yang
sukar diselesaikan mereka menunjukkan sifat positif terhadap masalah tersebut.

 

Kesilapan ialah anak tangga
kegagalan. Kesilapan mempunyai fungsi produktif. Dengan mengetahui apa-apa yang
silap, kita dapat mendekatkan diri kepada apa yang betul. Demikianlah apa yg
terjadi kepada Thomas Edison. Setiap ujikaji yg gagal bermakna dia semakin
hampir kepada kejayaan. Ketabahan dan kecekalan untuk mengalami lebih dua ribu
kegagalan bukanlah sifat yg ada pada orang biasa. Dan orang-orang kreatif
memang bukan orang biasa.

 

Sifat tabah dan cekal tidak
timbul sendiri. Ia adalah hasil daripada proses mengalami kegagalan. Orang yg
belum pernah berulang-ulang kali gagal tidak ada latihan untuk menimbulkan
sifat-sifat tabah dan cekal. Jumlah kesilapan yg kita buat ditentukan oleh
berapa kali kita mencuba sesuatu. Semakin banyak kali kita mencuba, semakin
banyak peluang kita mencipta kesilapan, dengan itu juga kegagalan, barulah akan
muncul sifat tabah dan cekal dalam diri kita. Inilah asas praktikal daya usaha
kreatif.

 

Setiap kali kita mengelakkan
risiko, itu bermakna kita memilih apa yg tebukti selamat. Itu bermakna kita
hanya ikut sahaja apa yg orang lain sudah buat. Ia bermakna kita mengulang
kebiasaan. Orang yg bekerja dengan cara ini adalah orang yg mahir dan cekap
bekerja, tetapi mereka tidak kreatif. Mereka cekap membuat lebih banyak
perkara-perkara yg sama.

 

Suatu perkara lain yg membuat
kita selalu sahaja memilih jalan selamat ialah ciri personality kita. Ramai
orang memang tidak memiliki cirri-ciri berani berhadapan dengan risiko. Memang
mereka takut menghadapi apa jua bentuk risiko.

 

Orang yg berani mencipta
idea-idea baru sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko, antaranya
termasuklah kerugian kewangan, dicemuh, diejek ataupun disisihkan drpd
kumpulan. Tidak ramai orang yg memiliki ketabahan untuk melalui pengalaman
sebegitu.

ps : Now, I have bravery to do mistaken. Before this I really scare to make even a mistake, but please not to make a big mistake like isap dadah, mati oooo …. the concept of my life now is  Do what you believe right and learn from mistaken and failure if something you want you can’t get it. You can’t get everything in your life. Sometime you need lean on the fate of life. May ALLAH bless me in whatever I do ….

Leave a Reply