Memperihalkan Imaginasi
Friday, April 14th, 2006Hari ini anda boleh berkomunikasi
dengan seseorang yg jauh dalam keadaan apa sahaja; sambil berjalan, sambil
memandu, sambil belayar di tengah lautan, malah jika anda berpeluang, sambil
melusup di dalam roket menuju ke bulan.
Dahulu, semuanya ini mustahil.
Komunikasi hanya mungkin dengan alat komunikasi berwayar. Anda terpaksa berada
di lokasi-lokasi tertentu yg menyediakan alat-alat berkenaan. Jika tidak suara
anda hanya boleh didengar oleh orang2 yg berada berhampiran dengan anda sahaja.
Pada pendapat anda mengapakah hal ini berlaku dan bagaimana ia menjadi mungkin?
Jawapannya, semata-mata kerana
ada orang yg menggunakan imaginasinya dan muncul dengan yg lebih baik.
Anda sendiri pun, ketika hendak
melakukan sesuatu, apakah anda tidak membayang-bayangkannya dahulu.Apakah anda
tidak pernah mengangan-angankan dahulu apa yg hendak anda lakukan? Anda hendak
membina sebuah rumah, apakah anda tidak pernah mengimejkan bentuk rumah yg anda
idam-idamkan itu.
Baik, sekarang lakukan sesuatu
tanpa berfikir tentang apa yg hendak dilakukan itu. Ambil sebatang pen dan
jangan bayangkan apa-apa imejan dalam fikiran. Terus sentuhkan mata pen ke atas
kertas putih dan guriskan. Apakah yg terhasil? Sekuntum bunga, sebuah basikal,
sebiji bola, atau bentuk-bentuk yg tidak memberikan sebarang makna-sekadar
contengan belaka?
Sekarang, bayangkan sekuntum
bunga, sentuhkan mata pen ke atas kertas dan lukiskan mengikut apa yg diimejkan.
Apa hasilnya? Jika anda seorang manusia yg normal,pasti
anda dapat menghasilkan 1 lukisan bunga.
Latihan mudah ini membuktikan
imaginasi amat berperanan dalam melahirkan sebarang tindakan, apalagi kalau
bahan yg hendak dihasil itu adalah sesuatu yg menghampiri ciri-ciri seni dan
kreatif. Sebenarnya tiada manusia yg tidak berimaginasi dalam hidupnya.
Imaginasi memandu fikiran dan tindakan yg akan dilakukan. Kalau imaginasi telah
berikan gambaran-gambaran yg salah – berdasarkan fakta-fakta atau pengetahuan
yg terbatas yg tersimpan di dalam otak – perkara yg terhasil akan turut salah.
Sebab itu, sesuatu bahan ciptaan tidak terus menjadi seperti yg kita lihat pada
waktu-waktu semasa. Ia melalui proses penciptaan yg lama sebelum sesuatu yg
dianggap mutakhir terhasil.
Misalnya, sebuah kereta model
terbaru yg kita lihat pada hari ini, akan menjadi ‘ketinggalan’ dalam beberapa
bulan akan datang dan pada hari berkenaan kita sendiri mengakui kesesuainya dengan
kehendak semasa. Ini disebabkan imaginasi perekanya telah dipengaruhi oleh
fakta-fakta atau pengetahuan yg terbatas yg dimilikinya pada masa dia
mengimaginasikan ciptaanya itu buat pertama kali. Apabila pengetahuannya
bertambah seiring dengan masa yg beredar ciptaannya turut menjadi lebih baik.
Berfikir ialah satu proses
menimbang, merenung atau mengingati sesuatu dan minda adalah kesedaran manusia
yg berpunca dari otak dan dimanisfestasikan dalam bentuk fikiran, persepsi,
emosi, azam dan imaginasi. Lihat sabda Nabi s.a.w perihal mimpi yg dikaitkan
juga dengan imaginasi sama ada terarah ataupun tidak.
Nabi s.a.w bersabda, “Mimpi baik yg dimimpikan oleh seorang yg baik,
adalah satu bahagian drpd 46 bahagian wahyu.”
ps : Aiyakkkk….for the 2nd time I fail again in PTD exam. Hmm..tension siot. Maybe this job not destiny to me, start to imagine other else right now. What I wanna be???……hhmmmmmm……