Salam Aidilfitri 2008/1429H

October 11th, 2008 by aktech

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Aidilfitri walaupun hari ni sudah masuk 7 Syawal 1429H. Suasana Hari Raya masih lg terasa walaupun semua sudah balik ke bandar dan menyambung tugasan seharian seperti biasa. Bandar KB dan Pasir Mas juga sudah tidak sesak lagi dengan kenderaan dan perantauan yg pulang ke kampung. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf seandainya ada kesilapan sepanjang aktechpage.com online sejak Jun 2006 sekiranya kandungan dalam aktechpage.com mengguris perasaan pelawat. Insya Allah, selepas ini saya akan cuba update website ini sekerap mungkin. Wassalam.

Petikan dari www.aktechpage.com

Kursus Team Building @ Genting View Resort

May 30th, 2008 by aktech

Pada 9-11 Mei 2008, buat pertama kalinya aku
telah menghadiri kursus yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja iaitu Kursus Team Building Session di Genting View Resort, dekat2 dgn Genting Higlands. Sejuklah jugak(Pagi
dengan malam je). Aku merupakan peserta terakhir yg dipanggil menyertai kursus
tersebut. Kira Adhoc juga lah, hari rabu dapat call drpd big boss IT tanya nak
pergi ke tak kursus, dalam beberapa saat fikir2 ingatkan mesti ada pergi naik
atas Genting Highlands terus kata pergi je lahh…lagipun aku nak kenal dengan
staff2 IT yg lain yg mana aku berurusan dengan mereka melalui communicator (Lebih
dikenali toyol di tmpt aku bekerja) sahaja. Ye lah, aku sinikan kerja sorang2
je, nak kata terer IT sangat xdelah….tp buat2 terer je…lebih happy keje kalo
ade rakan sekerja @ team. Bole sharing, keje sorang n pandai sorang2 pun x best
gak. Nantikan digelar kera sumbang plak. Tp lagi best keje di kelate.
Heheheheh…..sbb akulah boss, aku jugaklah kuli.

Edit1800
Aku dpt call petang Rabu, Boss ajak nak pergi ke
tak, aku pun kata ok je. Besok khamis tu cari tiket bas nak gerak malam tu ke
Shah Alam. Ni lah kali pertama aku naik bas turun kt Seksyen 17, Shah Alam.
Sampai je kt Shah Alam, tgg boss datang ambik. Adelah dekat 1 jam, smpi kul
6.30 pg. Lepak2 jap, betulkan urat sendi duduk lama dlm bas. Lagipun lama
jugaklah x naik bas ekspres ni. Adelah dekat 1 tahun. Boss ambik aku dlm kul
7.30 pg terus ke ofis syarikat di Seksyen 15 naik bas utk ke tempat kursus
plak. Sampai je kt bas, 2 org je yg aku kenal kt situ selain boss aku, En.
Rohaiman dan Yana (Rakan sekerja aku kt ofis
Pengkalan Chepa dulu). Aisehhhhman…..cam kera sumbanglah plak aku rasa, semua
muka2 asing je bg aku. Masa naik bas tu, tetiba ade sorang pompuan tegur aku,
“Awak ni Akmal kan?”,
aku pun selamba je jawablah ye….rupa2nya yg tegur aku tu adalah Secretary kpd
Timbalan Pengarah Urusan, kakak kpd member aku yg keje di bahagian mesin di
Kelantan. Sebelah dia tu x silap aku staff HR yg aku selalu emailkan kepadanya bila
je ade staff baru.

Aku naik bas tu adelah dalam tu 7 org lelaki yg
semua aku x kenal, xde sorang pun org IT. Lpas tu baru kenal, salah seorangnya
adalah Pengurus Sumber Manusia. Naik
je bas, terus aku tido sekali lg. Sedar2 je dh pun sampai kt tempat kursus.
Maka bermula lah kursus pertama aku dimana aku sorang je wakil staff dr
Kelantan. Sampai je baru aku dapat kenal beberapa IT staff kt situ yg juga baru
sampai dengan menaiki kereta (Pagi tu diorang terpaksa wat maintenance dulu).
Budak2 IT kt sana peramah jugak Cuma aku je yg pendiam sbb xde modal nak sembang n wat lawak sbb
x kenal lg hati budi diorang. Kenal melalui alam maya je atau telefon. Tp bila
je bebudak IT ni masuk dalam kursus, mmg meriah dgn gelagat diorang ni. Di
gelar budak2 nakal kt ofis Shah Alam, hubungan mereka pun rapat. Ade macam2
ragam, ade yg mulut bising, suka wat riuh rendah, mat selamba, mat macho, mat
siviks, macam2. Apepun penglibatan bebudak IT dept telah menceriakan suasana
kursus tersebut. Kalo aku bekerjasama dengan mereka ni, mungkin aku pun jadi
budak nakal jugak. Heheheh…

Edit2800
Kursus aku hadiri ini adalah kursus yg
mempelajari teknik mengenali diri sendiri dan mengenali orang lain melalui
sikap mereka dan menyesuaikan sifat2 peribadi kita di tempat kerja. Kira macam
belajar psikologi lah. Belajar kenali diri sendiri, sifat org lain dan cuba membangunkan kemahiran2 yg diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan tugasan
yang diamanahkan, dan juga etika bagaimana bekerja dgn staff2 yg lain yg
pelbagai sifat peribadi. Rakan sekerja kan
macam2 perangai, ade yg jenis sensitive, ade yg jenis mulut kepoh, ade yg suka
bekerja sorang2, ade yg x bergaul dgn orang lain dan macam2 lagi. Lebih kurang
gitulah content utama kursus yg aku hadiri. Disamping itu ada juga aktiviti2 yg
menyeronokkan selain drpd dengar ceramah. Best jugak game2 yg kitorang main
especially yg paling best main game dlm kolam. Huhuhu…sejukkkk…..Makan pun
best2 gak..6 kali sehari makan. Kalo lunch/dinner tu selain dr menu utama,
makanan sampinan siap ada sup, buah-buahan, puding dan salad bersama mayonis,
makanan mmg sangat2 sedap….Sepanjang kursus ini, aku x banyak sangat bercakap,
lebih banyak mendengar sebab aku hanya tau bercakap perkara yg berkaitan dengan
kerja aku, tentang kelantan dan operasi di kelantan je. Ye lah kan, satu2nya wakil
staff dr Kelantan. Tp aku cuba
sedaya upaya untuk bergaul dgn diorang ni semua walaupun Cuma 2 hari baru
mengenali semua peserta yg semuanya staff dr Shah Alam.

Last sekali, lepas aje abis kursus petang Ahad,
11 Mei 2008. Ambik gambar beramai2 dan buat pertama kali nya aku menjejakkan
kaki di ibu pejabat syarikat di Shah Alam. Kira wat lawatan x rasmi lahh.. Boss
aku dengan junior staff aku tunjuk kan aku sekitar ibu pejabat, kawasan dept IT dan kilang. Boss aku tunjuk ckit je
sbb dia nak balik tgk anak2nya…heheheh…Aku pun lepaklah dalam pejabat tu, pergi
kat Bahagian Akhbar dan jumpa beberapa staff yg pernah bekerja bersama di
Kelantan, dan juga beberapa staff baru yg x pernah ku kenali. Kuar makan sekali
dengan bebudak grafik dan juga sub editor. Sembang macam2. Lps tu aku lepak kt
ofis kt sana
sambil tgk diorang ni keje. Abis je ops editorial lebih kurang kul 12mlm. Aku telah
dibawa oleh junior staff melawat bilik server, kilang mesin, bilik prepress dan
lain-lain. Kul 2 pg br balik ke rumah sewa. Pagi esok, 12 Mei 2008, Aku gerak
balik ke Kelantan naik bas ekspress pada pukul 8.30 pg. Aisehhh…dalam bas otw
balik pun terima macam2 telefon tentang masalah IT di Kelantan. Kacau betol aku
nak tido. Besok tu aku kena trip ke Terengganu plak. Dekat 1 minggu x duduk
dalam pejabat.

Ps : Dalam bulan Mei 2008, ade 3 trip outstation aku
termasuk 1 annual dinner syarikat di  pada 24 Mei 2008. Best jugak travel2 ni.

13th Mac 2008

March 23rd, 2008 by aktech

Last 13th MAC 2008, Thursday, I became older another
years. Hmmm if I’m a soccer player, this is at the mid age of soccer
career. At this age, the player have to be on top performance and
already have achieve their goal/dream in their career. The normal age
for active soccer player is around 18-34 years old. Normally, after 30
years old, the soccer player performance to descend slowly before
retirement except the best player. Well, I’m not a professional soccer
player. I’m just ordinary guy who work at local newspaper company which
is everyday face IT problem. With a little salary (At least pleaselah
standardize salary base on academic qualification) but work like “Kuli
Batak”. This is Malaysia economy right now, the rich will be more rich,
the poor will be more poor. Hopefully, after this politics tsunami, our
life will be more better.

Image_birthday
This year my birthday more special. Before this my birthday just
celebrated by my family only. This time, it’s not only my family but
also by my collagues and friends. On 12 am 13th Mac 2008, I got
birthday wish by my special friend on sms. At home after back from work
at about 1 am, there’re presents on my bed given by my sisters and
family. On the next day, I have celebrated by 2 cute gal from skuad Pasir Mas 1 & 2,
Wawa n Hazel. They celebrate my birthday by treat me Pizza Hut at
Pengkalan Chepa. Pizza Hut is one of my favourite restaurant. The next
day, there are barbeque at Tok Bali, actually I never expected they
will give me surprise birthday cake for me, it’s so sweet and surprise.
They all sing Happy Birthday song together, some of them also surprise because not expected that K.Nomie
will be an organizer to bring a surprise birthday cake to me. Thank you
very much Kak Nomie for your delicious birthday cake. It’s very good
and sweet memory.

Well, now I’m 26 years old. At this age some
people have to be very mature guy. But I still like to be a boy, not
ready yet to be a man. Don’t know why. Maybe just to have fun in this
life and not ready yet to taken responsible to have a family yet. Right
now I just want to focus on my family and my sisters. Either way, I
don’t find the Miss Right yet. Another main reason
is, I don’t get a good job which is given standardize salary base on my
degree qualification. By the way, I’m still thanks to god what I got
now. Beside that I also have income from internet, not too much but it
is still given to me save money for the future and also to spent money
for something.

Last but not least, Thank you very much for whom celebrate my birthday, This year 2008, my birthday celebration are the sweetest memory in my life.
Almost all my family and friend wish me Happy Birthday by direct or
indirect, by my friendster page, my email and my website
(www.aktechpage.com). Thank You Very Much. Laughing

Ps : Sejak akhir2 ni, aku malas dh nak update website ni atau menulis….Rasa masa semakin pendek je…. Undecided

Dikir Barat

January 6th, 2008 by aktech

 


Persembahan Dikir Barat oleh pelajar Malaysia di Warwick University. Agak kreatif juga walaupun alat muziknya hanyalah kompang. Corak tepukan dan persembahan juga bole dikatan oklah.


Ratu Dikir Barat, Rosalinda…

Cabaran Kerjaya IT

December 22nd, 2007 by aktech

Cabaran kerjaya IT?….meh aku nak citer
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh aku sepanjang aku bekerja sebagai IT
Eksekutif di tempat kerja aku sekarang. Aku akan ceritakan sikit kat sini
walaupun ada rakan sekerja dan juga bekas rakan sekerja aku yang sentiasa
melawat website aku ini dan sentiasa memerhati setiap penulisan aku di sini.
(Selalu baca artikel kat website aku tapi hampeh x memberi komen langsung
terhadap sesuatu artikel). Manusia ini
macam-macam, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Manusia juga mempunyai ego masing-masing dan sentiasa menganggap
apa yang dilakukan olehnya adalah yang terbaik baginya
. Begitu juga dengan
aku sebab aku juga adalah seorang manusia biasa. Aku juga sentiasa percaya apa
yang aku lakukan juga adalah yang terbaik untukku dan juga untuk orang lain.
(Tapi mestilah ada orang yang tak suka tindakan aku, sedangkan Nabi sendiri pun
pernah dibaling batu sampai berdarah, inikan pula manusia biasa macam aku).

Apa yang boleh dikatakan kerjaya aku sekarang ini
telah memenuhi beberapa imaginasi aku sebelum ini. Antaranya ialah dapat bekerja dalam satu organisasi yang besar
(Dulu organisasi kecik), bekerja dalam 1
pasukan
(Bukan kerja sorang2), dapat
berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira darjat dengan mesra
(Tak
memilih kawan yg hanya boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja), dapat menolong orang lain, tidak mempersoalkan tindakan orang lain
(Layan je, macamlah kita bagus sgt nak Soal itu ini), menjadi orang yang penting dalam sesuatu organisasi tersebut (Ye
ke??? Bolelahh…). Alhamdulillah. Tapi ada juga kerjaya aku ni tidak memenuhi
beberapa perkara yang diimaginasikan dulu. Tak boleh bagitau kat sini nanti ada
orang akan menggunakan apa yang aku tulis disini untuk menyerang aku (Ore kelate sebut ‘Mapuhh’). Opsss…www.aktechpage.com kan dah glamour sekarang ibarat Majalah PlayBoy
di pasaran Indonesia
(Perasan sikit…), mesti ramai yang baca artikel ini nanti.

Kerjaya aku ni boleh dikatakan tiada pengkhususan
khas dalam bidang IT. Kena serba boleh, selalunya ialah menyelesaikan apa jua
masalah yang berkaitan dengan IT di Kelantan dan Terengganu walaupun masalah IT
itu kadang2 hanyalah nak delete file dalam thumbdrive je (Disinilah aku belajar tidak mempersoalkan segala tindakan orang lain,
sbb sesetengah orang mmg langsung xde basic IT
). Contohlah, kalau IT
pengkhususan dalam PrePress, kerjanya hanyalah memastikan yang plate-plate
boleh dikeluarkan setiap hari tanpa ada sebarang masalah. Itu je, kerja dengan
mesin je. Kalo kerja tambahan pula, kira stok inventori plate, buat rekod. Kerjanya
xde kaitan dengan kerja orang lain. (Yang
penting kerja aku siap, kerja orang lain pergi mampuslah
) Salah satu kerja
aku, line telefon/faks yang bermasalah. Jikalau aku tidak dapat selesaikan
masalah ini dalam kadar cepat, akan menjejaskan kerja-kerja orang lain. Order x
bole wat lah, nak hantar cek susahlah, nak cakap dengan agen tak dapatlah.
(Disinilah aku belajar erti bekerja dalam 1 organisai yang kadangkala penuh
dengan politik)…nasib baik Mesin Faks dah x masuk dalam tugasan aku skrg. Cuma
aku akan tolong dalam hal ehwal faks mengfaks ni jika diperlukan. Pengalaman lalu
mengajar aku…

Akan bersambung ………

Ps : Sekarang di gelar “Selfish” pulak……hohohohoho………susah
bercakap dengan orang pandai cakap dan hebat (Lps ni kena panggil si dia abg
dah …selalu kena tegur dan dinasihati setiap tindakan aku)…..

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

November 11th, 2007 by aktech

Sebenarnya manusia mudah
memberikan label untuk semua yg dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan
sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak
mengatasinya ataupun tidak. Psikologi
manusia memang hendak mudah
. Kalau ada sesuatu yg boleh dilabelkan sebagai
masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak
daripada mengatasinya.

 

Dah memang masalah. Nak buat macam mana?”

 

Biasa dengar begitu?

Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap
masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yg
menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji
batu yg menghempap tetapi sebutir emas yg jatuh di atas kepala.|

 

Benarkah masalah membuka peluang?

Lihat apa yg dilakukan oleh Thomas Edison. Dia ada masalah ketika
hendah menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu,
seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

 

Ketika semua orang kelaparan
apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran haznira
untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan mejualnya kepada rakan2.
Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

 

Ketika Akmal ada masalah
menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan
wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang dirumahnya tidak
boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

 

Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah
ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah
diganti pada perkataan peluang
ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan
pelbagai idea yg tak terjangka oleh kita.

Ps : Keje aku menghadapi masalah…masalah di opis, masalah di
rumah, masalah dgn member2 n mcm2 lg. Kadang2 mmg menyakitkan kepala. Oleh itu
dlm 1 hari seminggu. Aku akan rest otak aku drpd berfikir pasal masalah.
Barulah life is wonderful…tp kadang2 ada masanya kita akan rasa putus asa dan
sedih oleh sebab masalah.

Ps2 : Kerja aku ialah menyelesaikan masalah IT kt opis yg
selalu je berlaku. Kdg2 masalah ni menyakitkan kepala jgk…ttp kdg2 masalah IT
kt opis nie simple je cuma opismate je selalu nak bermanja dgn aku.
oklahh..lagipun kerja IT Exec ni pun best jugak, dpt byk membantu org dan
belajar bergaul dgn semua staff di semua dept….byk pahala aku dapat,
ameeennn…kalo keje sorang2 pun x best gak….

Salam Aidilfitri 2007

October 14th, 2007 by aktech

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Buah Hatiku…

October 7th, 2007 by aktech

Setelah hampir
2 tahun menabung
lebih kurang dalam RM200
tiap-tiap bulan dari hasil gaji, setelah hampir
4 bulan
membuat tempahan untuk mendapatkannya. Akhirnya, tanggal 2 September 2007, dapat juga aku memiliki
buah hatiku. Buah hatiku ini fizikalnya agak kecil, hidung agak mancumg, memiliki
mata yang cantik dan bersinar serta gayanya ringkas dan sempoi. Ehem..ni buah
hatiku yang kedua, sekarang dah ada 2 buah hati..heheheh…jangan mare….kan lelaki ada kuota
sampai 4. Orang lelaki boleh mempunyai buah hati beribu-ribu lemon….

Siapakah buah hatiku itu? Heheheh buah hatiku
yang kedua ini ialah kereta pertama yang kubeli dengan duit sendiri (Tak main
aaa pakai kereta mak ayah..)..kereta Proton
Saga Iswara Aeroback 1.3M Aeroback PST LM (
Depan Iswara belakang Saga..tp
ramai kata matanya lawa…)..Alhamdulillah,
walaupun dengan gaji yang tak seberapa dan tak berpadanan dengan kelayakan akademik(Kerja
dgn Syarikat Bumiputera yang kedekut)..dapat juga aku memiliki kereta ini.
Selepas 2 tahun merempit dengan motor Honda, sekarang nak merasa plak memandu kerete
sendiri. Huhuhu..dalam 3 minggu ni beribu jugalah abis. Bulan September ni gaji
aku mmg abis, nak bayar bil internet, bil ASTRO, dan yang paling hampeh saman
speed trap RM300. Kali ke-2 kena
saman dalam hidupku. Cobaann…..

Iswara_2_1

Apapun, bak kata orang, pkai kereta ni memang
banyak pakai duit. Bukan mcm pkai motor, perbandingan belanjawan pkai moto
dengan kereta ialah 10 kali ganda.
Contohnya, minyak motor, buh RM5 dah
penuh dah tangki dan bolehlah bertahan selama 3 hari ulang-alik dari rumah ke ofis. Tapi kereta ni plg koman aku
kena isi RM50…tu pun belum penuh
lagi tangkinya dan bertahan selama 4
hari
kot. Untuk sementara waktu ni,
aku mungkin akan bawa kereta dan motor ke ofis @ jalan2 bergilir2..Nanti kang
merajuk plak motor aku tu kang. Apapun dengan memiliki kereta ini, dapat jugak
aku jaga status aku sbg seorang yang bekerja di sebuah syarikat yg berprestij
(Ye ke??) dan juga jaga nama baik mak bapak angkat aku. Sekurang2nya saudara
mara respeklah jgak kt aku n my family. Serta orang kampung…Takdelah diorang
anggap aku ni keje kilang ke..Tp biasanya apabila aku sebut je aku keje kt
Sinar Harian, semua orang akan cakap “Keja Wartawan ke??”..kalo mak bapak aku
mmg jawab “iyo”. (Sebab diorang maleh nak explain apekebende keje aku).

Tapi hampeh juga pkai kereta ni, makan banyak
duit wooo…Lagi satu bila bawak kereta, rasa tak bebas ckit. Nak parking susah
dan kekadang tu kena bayar plak, x macam motor, bebas dan boleh letak kat mana2
yg sesuai serta free, senang terperangkap dlm jem, kalo motor boleh
mencelah2…cepat ckit smp rumah. Untuk sementara waktu ini, aku tidak
menggunakan kereta terlalu kerap, aku hanya menggunakan kereta apabila memerlukan
sahaja iaitu seperti hari hujan, bawak family jejalan dan jugak bawak awek
(Dalam proses memikat).

Ps : Adakah Gadis Pantai Timur (Selising) merupakan buah hati sebenar pertama
ku ???….

Salam Ramadan Al-Mubarak

September 16th, 2007 by aktech

Hari ini masuk hari ke-5 aku berpuasa bersama
umat Islam yang lain di Malaysia. Buat pertama kalinya aku berpuasa di tempat
kerja aku, dan juga pertama kalinya berbuka puasa di ofis. Huhuhuh…tak best
berbuka kt ofis…adelah dekat 5-6 org berbuka, berbuka bersama staff Jabatan Editorial, wartawan2 Sinar
Harian Kelantan. Aku sorang je alien kt ofis (IT sorang je staff di Peng. Chepa
yg jaga server 2 negeri)…heheheh…Apapun best jugak berbuka di ofis, rasa macam
dok jauh dr kampong plak. Sekali sekala berbuka bersama rakan sekerja best
jugak, dapat merapatkan silaturahim dan dengar gosip2 terbaru semasa berbuka
bersama. Berkawan dengan wartawan ni best, dapat dengar banyak cerita2 menarik
tentang macam-macam. Cerita tentang politik, kemalangan, jenayah dan makanan…

 

Tapi yang x bestnya, pertama kalinya juga aku
tidak dapat menjalankan ibadat yang paling best di bulan Ramadhan, iaitu sembahyang Teraweh. Aku cuma dapat
menjalani ibadah ini semasa cuti hujung minggu sahaja, yakni aku cuma dapat
sembahyang teraweh 2 kali seminggu. Kalau dihitung sepanjang bulan Ramadhan
ini, aku hanya dapat sembahyang teraweh sebanyak 6 kali sahaja. Hmmm…rasanya
mungkin aku akan curi time keje 1 jam dr pukul 8.15mlm hingga 9.15mlm untuk
sembahyang, bukan tiap2 hari..sekali sekala udah ler…kang bising plak kt opis
pasal aku ponteng keje. Kat tempat keje aku kalo sembang pasal perkara buruk
tentang orang mmg hebat, kat sini kalo sesiapa tak pandai bercakap buruk
tentang rakan staf yang lain, akan tidak mempunyai pengaruh, tetapi kalo
seseorang staff itu hebat bercakap buruk tentang orang lain, dia akan dihormati
dan akan mempunyai pengaruh. Hmmm..nampaknya dunia mmg betul2 nak kiamat dahh….Aku??…lebih
suka diam dan buat2 bodoh sahaja…

Oklahh..melalut jauh plak…dikesempatan ini,
kepada sesiapa yang baca blog ni, kawan-kawan yang mengenali aku. Aku ingin
mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
AL-MUBARAK…
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA…
BANYAKKAN BACA QURAN DAN MELAKUKAN PERKARA BAIK.
SENANTIASA SABAR DAN TABAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Letak teratai dalam dulang
Di hias dengan daun cemara
Banyakkan doa semasa sembahyang
Mohon diampuni dosa di dunia.

Anak kecil duduk bersama
Bermain bergembira sesama mereka,
Siang hari kita berpuasa,
Solat Tarawih dimalam harinya.

Pusing kepala ubat dicari
Dimanakah disimpan untuk didapat
Solat tarawih di malam hari
Barulah mendapat manfaat.

Berbuat baik berpada pada
Pasti ramai orang suka
Waktu berbuka perlu bersegera
Jangan nafsu menguasai Anda

Jika ada salah silap sepanjang menulis disini…ada
yang terasa…

Setiap manusia walaupun namanya bermaksud “sempurna”…tidak lari dari melakukan
kesilapan.

Mohon Maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung
jari kaki.


ps :
Selamat Berpuasa…semoga Ramadan kali ini adalah
Ramadan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.

Musim Buah + Musim Kahwin

August 29th, 2007 by aktech

Cuti sekolah dah pun abis, adik aku yg belajar kt
Kolej Matrikulasi kt Kuala Pilah pun dah balik semula ke kolej pada 24 Ogos
yang lalu. Dalam cuti sekolah ni walau tak sempat bawa adik-adik aku gi
jejalan..Cuma dapat bawa diorang kuar makan special  je 2 kali..cukuplah…Bulan Julai dan bulan Ogos
ni merupakan musim buah dan musim kahwin. Dan juga orang kata, ini juga adalah
petanda permulaan musim iaitu musim puasa, hari raya, saman, ops sikap dan
kemalangan…oppsss…

Mula dulu dengan musim buah, musim buah yang
paling best ialah pada masa inilah aku dapat makan buah tempatan yang best dan
sedap. Antaranya buah yang menjadi kegilaan orang ramai ialah durian (Sedap
buat pulut durian), manggis, rambutan (I don’t like it), dokong (My favourite)
dan langsat. Masa inilah juga aku dan ayah aku akan kebun untuk melihat kebun
dan membersih kebun setelah hampir setahun tidak mengunjunginya. Kebun family
dan juga kebun orang yang keluarga aku tolong jaga. Tapi….sejak kerja kat
syarikat akhbar ni..aku nak panjat pokok pun dah tak boleh…baru je nak panjat
dah ade orang call aku pasal problem kt opis…huh…x leh konsentrate
langsung..hampagas btoll..dah tak boleh makan buah atas pokok dah…heheheh…Tapi
sekarang dah penghujung musim buah…buah yang sedang hangat sekarang Cuma buah
rambutan je. Tunggu plak musim tahun depan.

Ok…masuk plak musim yang best..musim kahwin. Bila
je cuti sekolah bermula, maka bermulalah pesta kahwin sana sini di Kelantan. Sepanjang jalan dari
Pasir Mas ke Salor pasti ade je bunga mangga menunjukkan majlis kahwin disitu
yang kelihatan masa aku nak pergi ofis setiap hari (Aku stat keje kul 2.00 petang).
Aku pun kali ni banyaklah jugak dapat undangan majlis kahwin dari member, ade 1
kat Perak, 1 kat Penang, 1 kat Kedah, 2 kat KL dan yang banyak sekali mestilah
di Kelate. Errkkk..rasanya x pergi yang luar Kelate tu kot..dekat2 je
lah….keringlah aku kalo pergi juga nanti..dahlah tarikh dekat2 je…cukuplah
sekadar menghantar hadiah dan ucapan. Kawan-kawan sepejabat aku pun banyak
jugak yang kahwin, adelah 3@4 pasang yang bertemu cintanya ditempat kerja dan terus
kahwin. Huh…macam tradisi plak..bercinta dan berkahwin rakan sepejabat kat
tempat kerja aku ni (Senior yang cakap)… makin kuranglah teruna dan gadis di
ofis..tapi kebanyakan bunga-bunga di ofis sini dah menjadi hak milik orang. Cuma
menunggu masa sahaja untuk dipetik dan digubah. Aku pun dah tak sempat nak memiliki
1 bunga tu.. Sape tu???….Sape2 aahh…..

Aku??..heheheh still single dan solo. Cukuplah 4
perempuan dalam hidup ku sekarang..ni pun dah tak larat nak layan…tambah 1
lagi..adehhh…migrainlah kepala aku…Tapi, sebagai manusia mestilah nak jugak
wanita yang boleh tidur sebantal dan seselimut…oppsss…kalo tidak..ade yang x
kenalah tu…Cuma sekarang nak focus pada satu persatu dulu..banyak lagi impian
aku yang tak tercapai….tapi setakat ini, alhamdulillah…perkara yang aku
berimaginasi (Bukan angan-angan) dulu dah ade yang tercapai sekarang..
Contohnya, menjadi orang yang penting di ofis…Penting
ke??!!!..entahlah…terserah pada orang yang melihat cara aku bekerj. Lagipun
kalo ade yang tersayang pun, mungkin aku x bole nak bagi komitment, Why??
Because time is killing me…Sekarang ni 24 jam sehari cam tak cukup je. Macam2
aku nak buat dalam 1 hari. Tapi selalunya apa yang aku nak pasti akan dapat
(Tak semua), Cuma perlu berusaha, sabar dan tunggu…oklah takde idea dah nak
tulis…banyak lg mende nak wat ni…Chow…

Ps : Menanti setia pada yang SATU.